;
Senarai Ulama' Islam Di Zaman Ini 
sumber copy paste dari www.zaharuddin.net
Oleh :
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
zaharuddin@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Berikut adalah sedikit maklumat berkenaan ulama masa kini yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia sekitar 50 tahun ke atas....(kurun ke 19-20) - Fokus lebih kepada bidang Fiqh.
Tujuan senarai nama ini dibuat adalah bagi memudahkan rakan-rakan yang baru ingin bermula membuka kitab-kitab arab terutamanya, agar tidak tersilap memilih kitab dari individu yang tidak berauthoriti. Akhirnya kerap membawa kepada pemikiran songsang serta Islam liberal.
Oleh kerana terlampau ramainya nama-nama ulama yang diiktiraf ilmunya dalam bidang mereka, maka senarai ini hanyalah sempat meletakkan sebahagian kecil sahaja. Maka ia sememangnya tidak lengkap sama sekali.
Jika terdapat mana-mana ilmuan Malaysia yang ingin menambah sendiri nama-nama lain, maka ia adalah amat dialu-alukan.
Adapun kriteria pemilihan nama-nama yang diletakkan di sini, juga tidaklah mampu saya sertakan. Saya juga tidaklah mampu untuk membuat ‘standard'-standard tertentu untuk mereka. Cuma ia hanyalah satu penilaian bebas, hasil pembacaan saya terhadap kitab-kitab mereka yang terbatas dan tidak terikat dengan displin pemilihan tertentu. Keranaitu, mungkin anda akan dapat melihat bahawa nama-nama ini berat kepada pakar Fiqh berbanding pakar dalam bidang Sejarah Islam, Aqidah, Hadith dan lain-lain. Ini adalah kerana kecenderungan saya yang lebih kepada bab Fiqh berbanding yang lain.
Saya juga dengan sengaja memasukkan nama-nama tokoh samada aliran salafi mahupun khalafi di dalam senarai bagi dimanfaatkan oleh semua. Cuma tokoh SYiah tidaklah saya masukkan kerana ia kesalahan mereka dalam bab aqidah dan pelbagai cabang ilmu islam tidaklah dapat saya kompromikan.

Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):
Bil
Nama
Negara
Kemahiran
Tahun Wafat / Lahir
1.
Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah
Mesir
Mesir - Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am
wafat 1974 m
2
Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf
Mesir
Fiqh dan Usul
Wafat sekitar 60-70 an
3
Syeikh Muhammad al-Ghazali
Mesir
Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah
wafat 1998 m
4
Syeikh Mustafa As-Sobri
Turki
Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah yang terakhir


5
Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi
Mesir
Syeikh Al-Azhar yg lalu , pengarang kitab tafsir dlm jilid yg cukup besar. Bidang Tafsir


6
Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki
Mesir


Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m
7
Syeikh Mahmud as-Syaltut
Mesir
(Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu
Fiqh dan Fatwa ‘am


8
Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi
India
Keturunan Nabi . Bidang Fiqh, Dakwah dll
Wafat
9
Imam As-Syahid Hasan Al-Banna
Mesir
Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah , semua bidang Islam.
1948 M
10
Syeikh Abul A'la Al-Mawdudi
India
Hadith, Fiqh , Dakwah dll
1989 M
11
Syeikh Hasan Al-Habannakah
Syria
Aqidah, Fiqh dll
wafat
12
Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa
Syria (lahir) & Jordan
Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 dan Fatwa ‘Am
1998 M
13
Syeikh Abd Razak As-Sanhuri
Mesir
Undang2 dan Fiqh


14
Syeikh Abd Aziz Bin Baz
Saudi
Fiqh, Aqidah dan umum Islam . Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia
Wafat
15
Syeikh al-Muhaddith Nasiruddin Al-Albani
Jordan
Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Salafi
2000 M
16
Syeikh Abd Hayy Al-Katani
Mesir
Pakar Hadith Mesir


17
Syeikh Ahmad Muhd Syakir
Mesir
Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh


18
Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba'ie
Syria
Fiqh, Undang2 Islam, Hadith dan pakar berkenaan gerakan oreintalis. Ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan


19
Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari
Maghribi,
Mesir
Pakar Hadith
Wafat 1959 m
20
Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah
Syria
Pakar Hadith
Wafat 1996 m
21
Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur
Tunisia
Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh dan Maqasid Shariah
Wafat
22
Syeikh Nuruddin Ar-Raniri
Acheh
Fiqh
Kurun ke 17
23
Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari
Acheh, Banjarmasin
Fiqh
1808 M
24
Syeikh Daud Al-Fatani
Nusantara
Fiqh
Kurun ke 19
25
Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani
Indonesian
Pakar Tafsir, Usul Fiqh
Kurun ke 18
26
Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud
Mesir
Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah


27
Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi
India
Pakar Hadith danUlumnya
Wafat 90 an
Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol di dunia akademik dan dakwah.
1
Syeikh Al-Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi
Mesir (lahir)
Skrg di Qatar
BA - Usuluddin
MA (ulum Quran dan Sunnah), Dip Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar )
* Pakar Fatwa ‘Am.
* Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah.
* Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar .
* Ex- Ahli Majma' Fiqh Sedunia.
Lahir tahun 1926 m
2
Syeikh Prof. Dr Sa'id Ramdhan Al-Buti
Syria
PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar )
Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh.


3
Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli
Syria
PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, 1963 ). Ex Majma Fiqh . Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh.
Lahir 1932 M
4
Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli
Syria,
UAE
Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE


5
Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir
Jordan , skrg Qatar
Pakar bidang Fiqh Mu'amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.


6
Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot
Syria ,
Jordan
Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma'ad dll.


7
Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn
Syria
Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)


8
Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha
Syria
Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)


9
Syeikh Dr Fathi Yakan
Lubnan
Pendakwah. Pengarang yang hebat


10
Prof. Dr. Nazih Hammad
Saudi
Ex- Pensyarah Umm Qura
Pakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia


11
Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman
Saudi
Univ. Ummul Qura
Pakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh


12
Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid
Saudi
Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Ketua Majma Fiqh Dunia


13
Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki
Saudi
Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.


14
Syeikh Sodiq Al-Habannakah
Syria
Adik Syeikh Hasan Habannakah.
Pakar bidang Fiqh dan Lughah


15
Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni
Mesir
Fiqh dan Usul Fiqh


16
Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan
Mesir
Fiqh Muqaran


17
Prof. Dr Muhammad al-Baltaji
Mesir
Univ. Al-Qaherah
Fiqh dan Usul Fiqh


18
Syeikh Prof. Dr. ‘Atiyah Saqr
Mesir
Fiqh dan Fatwa ‘Am


19
Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni
Syria, Jordan
PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &
Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa
Umur 80 an
20
Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas
Jordan
PhD Tafsir Al-Azhar 1975 . Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk


21
Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi
Jordan
Pakar Tafsir dan ‘Ulum Quran


22
Syeikh Ibrahim al-‘Ali

Jordan
Pakar Hadith dan Sirah


23
Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim
Jordan
PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ.Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk


24
Prof. Dr Rafiq Al-Masri
Mesir
Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional


25
Prof. Dr Kurshid Ahmad
Skrg UK
Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam


26
Prof. Dr Umar Chapra
UK
Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam


27
Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie
India, UK
Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam


28
Mufti Taqi Uthmani
Pakistan
Pakar Ilmu Muamalat Islam Sedunia
Ahli Majma Fiqh Islam dan lain-lain


29
Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni
Saudi (dulu)
Ex- Univ Madinah. Ulum Quran


30
Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan
Iraq,
Yaman
Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am


31
Prof. Dr Sodiq Dharir
 Sudan
Univ. Khartoum, Sudan
Ahli Majma' Fiqh , Pakar Mu'amalat .


32
Prof. Dr Ali Ahmad Salus
Qatar
Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat


33
Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili
Tunisia
Ahli Majma' Fiqh


34
As-Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah
Syria
Pakar Muamalat Islam Sedunia


35
Prof Dr Ali Ahmad Salus
Qatar
Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat


36
Prof. Dr Syeikh Muhyiddin Ali Al-Qurra Dahghi
Qatar
Pakar Muamalat Islam, Ahli Majma Fiqh


37
Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa'di
Iraq, Jordan
Phd Ummul Qura dengan First Class.
Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Bekas Mufti Iraq.


38
Syeikh Prof. Dr ‘Ajil Nashmi
Kuwait
Pakar Muamalat dan Fatwa ‘Am


39
Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin
Jordan
PhD Fiqh (al-Azhar)
Pensyarah Univ. Jordan.
Digelar Ulama teralim Jordan sekarang
Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah.


38
Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar
Jordan
Univ. Zarqa Ahalliah
Fiqh dan Usul dan Mu'amalat
Fatwa ‘Am.


39.
Syeikh Prof. Dr Dhiya al-‘Umari
Saudi
Pakar Sirah, Hadith
Prof. Univ Ummul Qura


40.
Prof. Dr Muhammad Ali El-Ghari
Saudi
Pakar ekonomi Islam




Sekian,


0 ulasan:

Catat Ulasan