;
Bismillahirohmanirohim....
Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih memuji Allah S.W.T.
Begitu jua diri ana yg semakin hari semakin memerlukan zat tasbih untuk terus berharap kepadaNya.
Alhamdulillah...baru hari ini dapat juga ana update blog ini.



Pada kali ini ana akan berkongsi dengan pembaca tentang bagaimanakah caranya untuk kita memastikan doa kita akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Tidur di awal waktu
Kehidupan seorang mahasiswa pastinya akan dipenuhkan dengan tugasan yang begitu banyak yang kadang-kadang membuatkan diri rasa 'kepenatan' apabila ingin meneruskan kerja yang lain. Dalam masa satu hari @ 24 jam kadang-kadang dirasakan diri kita tidak mencukupi. Tidur di awal waktu yang saya maksudkan di sini ialah tidak semestinya mesti tidur cukup 8 jam namun cukup sekadar roh kita 'berehat' untuk bertemu dengan Allah S.W.T dan jasad kita cukup 'berehat' untuk membaiki sistem-sistem dalam tubuh badan kita.
Namun, sebelum itu, kita perlulah melakukan terapi doa sebelum tidur. Terapi doa ini adalah untuk kita tetapkan matlamat kita untuk memohon pada Allah agar memakbulkan doa kita pada esok hari. Anda pastinya pernah mendengar "MIND SET" bukan? Ingat, mind set yang dimaksudkan ialah satu jenis terapi yang dilakukan oleh semua orang termasuk orang kafir. Kita kan sudah ada terapi untuk melakukan terapi tersebut? Ya, Terapinya ialah :
BACAAN AL FATIHAH - 8 kali
AYAT KURSI - BACAAN 9 x berhenti
* setiap bacaan hendaklah dalam keadaan kita berwudhu',
* kedudukan kaki menjulur ke bawah
* tangan sentiasa dalam keadaan berdoa
*kemudian, setiap kali habis bacaan, hendaklah dalam keadaan tangan didoakan daripada sapu di bahagian muka hingga ke buku lali.
*ulangi bagi setiap bacaan

BACAAN DOA UNTUK MIND SET dgn KHALIQ kita iaitu ALLAH S.W.T
"Ya, Allah, aku bermohon kepadaMU, ampunkan segala dosaku sama ada dosa kecil @ dosa besar, dosa-dosaku semalam, hari ini dan esok. Aku juga bermohon kepadaMu Ya Allah semua orang yang aku berhubung pada hari ini dan aku melakukan kesilapan kepada mereka, mereka ampunan dengan ikhlas,begitu juga kesalahan yang telah dilakukan oleh orang lain kepadaku,aku maafkan segala kesalahan mereka kepadaku. Ya Allah, tidurkan aku dalam keadaan Islam dan bangunkan aku dalam keadaan Taqwa.
Bangunkanlah aku untuk aku teruskan ibadat aku kepadaMu pada esok hari dalam keadaan badan yang sihat dan berkat. Limpahkan zikir Mu dalam hatiku ini semasa roh aku meninggalkan jasadku ini. Izinkan aku untuk tahajud kepada Mu dan solat subuh berjemaah sepertimana RasulMu. Bawalah rohku untuk bertaubat kepadaMu dan bangunkanlah aku dalam keadaan sihat akal, hati & badan.Amin"
-jika boleh anda sambung pula dengan doa yg anda selalu pinta dalam sujud terakhir & setiap kali selepas anda solat & sebelum tidur .

Tasbih sebelum tidur
Pegang tasbih dalam keadaan baring dan tangan di atas hati
*Isitfigar

Tasbih di hati

Bangun awal
Jam 5.00 pagi @ 5.30 pagi
-terpulang kepada anda sendiri namun pastikan sebelum azan subuh anda sudah membersihkan badan dan mandi sunat sebelum subuh.

Quran di tangan
Sebelum diri anda melangkah ke tempat lain selepas sahaja bangun daripada tidur, maka hendaklah anda bangun daripada tidur, terus mencapai Al Quran @ lebih mudah mencapai tafsir Al Quran. Anda pegang seerat-eratnya dihati, kemudian cium seikhlas mungkin untuk memastikan bahawa itulah CINTA ANDA. Mengapa saya meminta anda untuk cium Al Quran tersebut? Kerana saya menggalakkan anda untuk memastikan bahawa 'mental' anda sudah bersedia untuk mengingati Allah sepanjang 24 jam pada hari tersebut agar apa yang anda rancang dalam diari anda untuk menyiapkan tugasan anda berjalan dengan lancar.

Sebelum masuk ke bilik air..
Pastikan anda sudah mohon perlindungan daripada Allah daripada gangguan jin dan syaitan dan niat anda berjalan dengan lancar!

Mudah kata...di mana-mana pun anda perlu lakukan terapi doa!
selamat beramal!