;
Bismillahirohmanirohim...

Dengan nama Allah yang banyak memberikan hidayah.Kucupan syukur ku tujukan kepada Allah.Alhamdulillah.
Walau dimanapun Allah tetap ada.Ketetapan iman dan taqwa hanyalah untuk hamba-hamba Allah yg sentiasa beruzlah untuk sayangkan Allah.Begitu juga dengan kekuatan dan keutuhan rahmat Allah yang diidamkan oleh setiap hamba Allah yang mahukan Dia.
SAHABAT yang diriku ini kasihi...
Tatapan doa untukmu sering berlegar dalam ingatanku...
Kasih hatiku untukmu sahabat sentiasa terpaut dalam sanubariku ini...
Sahabat yang cantik dan solehah...
Engkau adalah rantai yang rela dimamah emasnya...
Anggapan manusia menyatakan engkau adalah cantik dan mahal.
Sedangkan engkau tidak ada nilainya..
Kerana, emas yang engkau mahukan itu bukan ucapan penghargaan mahupun pengiktirafan..
Emas yang engkau sadurkan pada lehermu itu
Tiadalah disaluti oleh tangan manusia..
Yang membaluti rantai di lehermu itu.
Rantai yang berada di lehermu itu..
Adalah rantai yang diciptakan oleh Yang Maha Agung..
Raja sekalian manusia
Yang Engkau akui kekuatannya.

Lalu, keyakinan dirimu untuk memastikan rantai itu dipakai dengan kerelaan hatimu.
Engkau biarkan terlebih dahulu..
Untuk dipakai sendiri oleh TuhanMu..
Rantai yang loketnya itu Engkau letakkan kalimah "ALLAH"....

Itulah hatimu...
Di mana hidupnya hatimu itu melainkan dalam imanmu..
ALLAH....
Itulah rantaimu...
walau dimanapun ALLAH...
Dia tetap ada di rantai itu...
Rantai itulah dinamakan sahabat...

Yang sentiasa ada untukmu walau dimana jua...
 Jagalah amanah Allah ini yang sentiasa memerhatikan kita..
Walaupun kita ini berada dalam satu landasan taqwa..
Janganlah kita mempertikaikan sahabat.
Janganlah kita m'perlekehkan sahabat..
Berilah peluang dan ruang kepada sahabat..
Supaya dia tahu akan potensi dirinya..
Redhalah...
Terimalah seadanya sahabatmu itu..
Kerana..
Itulah dia..
Terimalah dgn berlapang dada dan imanmu
Kerna di situlah cerminan keikhlasan mu dalam perhubungan ini..
Hampir 4 tahun berlalu..
Pelbagai dugaan kita tempuhi bersama...
Berilah ruang untuk setiap sahabatmu...

HIDUPKANLAH SAHABATKU...HATI YANG TELAH MATI ITU...

KUKUHKANLAH TARBIYYAH HATI KITA DGN TAWQWA!IMAN!
ITULAH KUNCI KEJAYAAN DIRI MU DAN SAHABAT YANG LAIN...



Wasiatku ini-engkau ingatlah sahabat hingga aku pergi..
Rahmah cintakan Kak Munirah,Kak Huda,Afifah,Sarah, Muhaini, Zarina, Azyati, Aisyah,Izzati, Husna, Hartini, Sakinah,Nazurah, Huda, Tiah, Ainin,
Akak Rahmah kasihkan adik-adik akak Hanim, Fadilah, Ramizah, Haimi, Ija, Rozawati, Faizah, Madihah dan Akma.
Sayang hingga ke syurga.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini bersepakat untuk mengasihi-Mu, betemu untuk mentaati-Mu, bersatu untuk dakwah-Mu,, berjanji untuk menolong syariat-Mu.”
“Ya Allah, eratkanlah hubungannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak akan pudar, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman terhadap-Mu, juga dengan tawakkal kepada-Mu.”
“Hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu, dan matikanlah ia dalam syahid demi memperjuangkan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini dan berilah selawat dan salam-Mu ya Allah ke atas Nabi kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.”


Bismillahirohmanirohim...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Seluruh alam membuktikan kejadian Tuhan semesta Alam pabila mereka mengakui bahawa mereka memang diciptakan untuk memberikan manfaat kepada manusia.Manfaat yang bagaimana? Manfaat yang boleh menunjukkan dan membuktikan kepada mata manusia bahawa manfaat itu adalah rahmat dan nikmat daripada Allah s.w.t
Kemudian, terciptalah rasa syukur dan pasrah daripada orang yang menerima nikmat itu kepada Allah swt.
Nampak sangat bahawa Allah s.w.t amat mencintai kita apabila Dia mengutuskan Nabi S.A.W untuk mengajarkan kepada kita solat yang amat mudah untuk dilakukan.
Di sini, saya ingin mengingatkan sahabat-sahabat semua tentang  solat itulah cinta.



Rukun-rukun solat

1.Niat
para pembaca sekalian, adakah kita benar-benar faham akan apa yang dimaksudkan dengan niat?
Niat itu datang daripada hati dan hati untuk solat datang daripada cinta, dan cinta itu terjalin untuk khusus kepada dua hati...Justeru, untuk niat solat, pastinya adalah cinta itu untuk siapa jika bukan  ANTARA anda dan Allah...bukan?
Dari Umar ra, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Segala amalan itu menurut niat dan bagi tiap-tiap manusia apa yang dia niatkan.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]


NIAT SEMBAHYANG SUBUH





 






Sahaja aku sembahyang fardhu   subuh dua rakaat  tunai kerana Allah Ta'ala.





Cuba anda perhatikan betul-betul, perhatikan bentuk baris pertama  untuk kalimah "Usolli fardossubhi" kita membacakan niat tersebut dengan bacaan yang betul,kita menyebut kepada Allah (cinta kita) dengan tepat, maka, kita memulakan langkah pertama untuk suka kepada Allah.

NIAT SEMBAHYANG ZOHOR
 




 
 Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat  tunai kerana Allah Ta'ala.

Cuba anda perhatikan pula bacaan dalam baris pertama kalimah "Ussoli fardoz zuhri"...Mengapa yang ini lain pula cara dilafazkan niat untuk kalimah fardo dan zuhri?Ini adalah kerana Allah mahu membuktikan kepada kita bahawasanya Dia mahu kita untuk menzahirkan rasa cinta kita kepadaNya dengan melafazkan perkataan cinta yang lain.Cth : jika orang yg bercinta, maaf dalam bahasa kasarnya couple, mereka sentiasa berkeinginan untuk mengucapakan kata " I Love U Honey, I Love U Sayang, Miss U Sayang" Tidakkah ini menunjukkan kuasa cinta pasangannya dan pastinya akan memabukkan pasangan tersebut.
Justeru, begitulah juga dengan lafaz niat dalam solat zuhur ini.Allah mahu kita mengamalkan konsep a'bdun (mengabdikan diri) kepada Khaliq..
Itulah hakikat cinta kepada Allah.
Allah ingin sekali kita memulakan ucapan cinta kepada Nya dengan lafaz yang berbeza.Betul tak?

NIAT SEMBAHYANG ASAR
 




 
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

NIAT SEMBAHYANG MAGHRIB




 
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.
NIAT SEMBAHYANG ISYAK
 




 
 Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat  tunai kerana Allah Ta'ala.


2.Berdiri dalam solat fardu

Allah swt. Berfirman yang bermaksud:
“Peliharalah solat dan solat wusta dan berdirilah kamu dalam keadaan tunduk kepada Allah”
[Surah Al Baqarah-ayat 238]

Imran ibn Husain ra berkata:
“Aku berpenyakit buasir, maka aku bertanya kepada nabi s.a.w. tentang keadaan solat, lalu baginda berkata: Bersolatlah dengan berdiri. Jika engkau tidak sanggup berdiri, maka kerjakanlah dalam keadaan duduk, maka kerjakanlah sambil berbaring di atas rusuk(sisi)”
[H.R. Al Bukhari]

3.Menghadap kiblat

4.Takbiratul ihram

Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”
[H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

Dari Abu Humaid ra.,
“Adalah Nabi s.a.w. apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau berdiri lurus dan mengangkat tangannya, kemudian mengucapkan Allahu Akbar.”
[H.R. Ibnu Majah , disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban]

5.Membaca Al Fatihah(tiap-tiap rakaat solat fardu dan sunat)

Ubadah ibn Samit menerangkan bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Al Fatihah di dalamnya.”
[H.R. Al Jamaah]

Rifa’ah ibn Rafi’ menerangkan:
“Bahwasanya Nabi s.a.w. mengajarkan solat kepada seorang lelaki. Baginda berkata: Jika ada sesuatu suarh dari al-Quran bersama engkau, maka bacalah dia. Jika tidak ada, pujilah Allah, besarkanlah Dia(bacalah takbir,bacalah tahlil), kemudian rukuklah.”
[H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi(menghasankannya),An Nasa’i dan al Baihaqi]

6.Rukuk(tuma’ninah-berhenti sejenak)

7.Iktidal(tuma’ninah-berhenti sejenak)

8.Sujud(tuma’ninah-berhenti sejenak)

9.Duduk akhir dan membaca tahiyat di dalamnya

10.Salam

Dari Aly’ , Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Anak kunci dari solat ialah suci, pembukanya ialah takbir dan penutupnya adalah salam.”
[H.R. As Syafie, Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah , dan At-Tirmidzi]

11.Tertib

Pengajaran :
JADILAH MANUSIA YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADI BUKAN TERJADI...MENJADI MANUSIA YANG BERGELAR HAMBA ALLAH SWT.
SELAMAT BERAMAL DAN MENUNTUT ILMU.
(^ ^)

Rujukan :
http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/niat.html


Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya.  Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”.  Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
“Tak ada gunaya” bentak si cucu.
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Komen penulis :
1. Sebaik-baiknya fahamilah isi Al-Quran
2. Jika tidak mampu atau tidak sempat, jangan lah sampai tak baca atau kurang membaca Al-Quran.
3. Jom baca Al-Quran 
Abi arwa
Dakwah Oh Dakwah.
Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Ana berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran. Jadilah kita dalam golongan orang-orang yang bersabar. Cabaran kita tidaklah sehebat cabaran Nabi SAW, kita hanya membawa Islam yang sedia ada, bukan menyampaikan seperti Nabi SAW. Di mana pada zaman Nabi SAW, susahnya untuk berdakwah. Macam MULTILEVEL MARKETING, nak percaya ke kita tanpa bukti yang nyata? Betul ke jadi cam tu?Boleh jadi kaya? Tapi ana yakin, jika kita sabar dan ikut islam, KITA YANG PALING KAYA!!!
Bismilllahirohmanirohim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ku seru nama Allah tanda kasih sayangku kepadaNya. Allah Taala adalah Raja Sekalian Manusia yang banyak memberikan hidayah dan kefahaman yang tinggi tentang Aqidah dan Percaya akan DiriNya kepada manusia umumnya dan hamba Allah khususnya. Hanya hambaNya yang taat dan memahami hakikat kejadian mengapakah manusia ini diciptakan di bumi Allah s.w.t sahajalah yang akan mengenal ma'rifat Allah.

Sepertimana yang telah diperkatakan oleh Imam Al Ghazali ;
" Di padang mahsyar, manusia-manusia akan berjalan dalam keadaan berpeluh-peluh.Air peluhnya itu adalah titik-titik dosanya kepada Allah s.w.t semasa HIDUP DI DUNIA INI. Ada air peluhnya itu hanya setakat di tumit,ada air peluhnya di paras lutut, ada air peluhnya di paras peha,ada yang lebih dahsyatnya ialah di bahagian dada, yang paling dahsyat di paras kepala dan YANG PALING DAHSYAT AIR-AIR PELUHNYA MENEGELAMKAN DIRINYA SENDIRI.
Sehinggakan ada manusia yang tiada setitis peluh pun yang terkena pada dirinya semasa dia berada dalam barisan pemimpin-pemimpin yang bergelar Ulama.

Ingatlah kita di mana pembaca sekalian di manakah kita?
Di sisi Allah s.w.t....
Bacalah coretan pidatoku ini...
Ambillah pengajaran di dalamnya;
Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam
Bismillahirohmanirohim...


Jika ceramah yg diberi oleh pimpinan Islam,

Pastinya ceramah yg diberi mengikut adat Islam,

Jika ceramah diberi oleh Penghulu Manusia,

Pasti intipatinya tidak sia-sia,

Jika pertelingkahan mengikut bicara kera,

Bertelagah ke sana ke mari ibarat "mereka",

"Mereka" yg bernama kera merebutkan kuasa,

Harapkan rakyat menderma,

Tenaga habis merata,

Apakah tidaknya,

Duit rakyat di sia-sia,

Golongan miskin dihina,

Ditindas begitu saja,

Bukan hendak mengata,

Tapi realiti dah ada,

Tengok tempat sendiri dah nampak depan mata,

Janganlah buat-buat buta,

Kurniaan mata,

Oleh yang Esa,

Bukan nak pekakkan telinga,

Dah dengar keluhan mereka,

Mereka yg bernama siapa?

Mereka yg bernama si tua,


Apakah tidak ada simpati?

Untuk golongan ini,

Bila diprovokasi,

Bukan main takut lagi,

Buat apa bertindak lagi,

Jika diri sudah dibenci,

Oleh rakyat yg sudah dipinggiri,


Kalau hendak menderma,

Kononnya duit 'mereka',

Padahal duit kita,

Yg bernama si penghina,

Bagi duit depan kamera,

Kononnya berhati mulia,

Nampak muka tidak berdosa,

Tapi, bila dah mula...

MASYA ALLAH...penipu rupanya.


Kalau betul mahukan Allah sebagai tuhan kita,

Mulakanlah program dengan doa kepadaNya,

Bila ditegur baru nak mula,

Kononnya dikatakan insan biasa,

Bersifat lemah dan pelupa,

Padahal diri...digelar panglima,

Panglima adalah tentera Yang Esa,

Menjalankan tugas sebagai hambaNya,

Tapi pelik tak terkata,

Pandai mengarah tapi tak tahu buat kerja,


Apakah diri boleh digelar panglima,

Jika rakyat menderita,

Ada bertanya,


Beri kemudahan kononnya sayangkan negara,

Kalau pergi tandas pun kena bayar ya?

Di mana keprihatian wahai manusia,

Dah terlalu seronok harta dan wanita,

Jangan sorok apa yang ada,

Kami tak nampak tapi Allah ada,

Bila taqwa dicabut olehNya,

Maka rasailah azab pedihnya,

Dalam api neraka,

Sampai bila-bila.


Ulama' dibeli dengan harta duniawi,

Beria-ia turun ke sana ke mari,

Tunjukkan kelebihan diri,

Jangan ingat kami tak reti,

Apa yg terungkai di sebalik diri,

Dahulu mahu jadi wanita syurgawi,

Menjadi idola oleh si puteri,

Tetapi kini menjadi wanita duniawi,

Sudah diteguri,

Jika tidak puas hati,

Mengapa tidak disokongi,

Tanyalah Ilahi di akhirat nanti,


Ulama' dunia dijual beli,

Pening kepala mengapa tidak dijemput kini,

Fikirlah sendiri wahai manusiawi,

Jati diri Islam dijual beli,

Ilmu hilang bila dijual beli,

Pandai-pandailah "kelim" kembali,

Ilmu yg dimiliki,

Bukan kepada orang yg terkini,

Tapi kepada gurumu sendiri,

Fikirlah sendiri,

Apakah yg akan terjadi,

Apabila maruah agama dirasuahi,

Jatuh diri bangun sendiri,

Badan dibusuki dengan wang sendiri,

Kapan dibeli,

Siapa yg membaluti,

Mesti sahabat sejati,

Yg telah dipinggiri,

Bukan mahu direkai,


Berdoalah kepada Ilahi,


Jangan rupa menjadi babi,

Apabila ulama'mu sendiri dicaci,

Dihinai,

Engkau berdiam diri,

Tika itu tidak ada apa dapat diselamatkan lagi

Cerita ini,

Sudah terjadi,

Di negara ini.


Benarlah firman Tuhan kita ini,


Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah Ulama'

Al-Fathir ayat 28.


Wallahua'lam

Bismillahirohmanirrohim....
Al Ahzab ayat 59:
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal sebagai perempuan yg baik-baik, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
Adakah anda merasakan bahawa anda anak yang solehah?
Sepertimana anak-anak   perempuan yang difirmankan oleh Allah Taala dalam surah di atas?
 Di manakah bukti anda bahawa anda anak solehah di hadapan Allah jika anda adalah orang-orang yang benar?
Jika benarlah anda memang anak perempuan yg solehah, di mana anda ketika anda membeli belah membeli tudung untuk menutup aurat?


NIAT SEBELUM BELI TUDUNG 
  • Apabila emak @ bapa saya memberikan wang belanja ini, ingat nak beli bajulah untuk nampak lawa sikit bila ke kuliah.
  • niatnya : bila pakai nanti nampak cantik sikit.
  • tgh membuat survey di pusat membeli belah, tengok tudung syria ni cantiklah...teringin pulak nak pakai.
  • Belilah jugak.
    NIAT SEMASA MEMBELI
  • Cantik sangat tudung ini, pendek sikit tak apelah, janji tebal, tutup aurat (pada pandangan mata si pembeli).
  • nanti kawan-kawan tgk, mesti mereka rasa aku nampak cantik (puji dalam hati)
  • Nanti nak tunjuk kat merekalah.
  • Best!
  • NIAT SELEPAS MEMBELI
  • Balik ni, ingat nak bawak balik asrama,lepas itu, tunjukkan kat kawan-kawanlah...
  • Mesti mereka akan puji(hihi)
  •  Nanti kalau beli makanan, nak pakai tudung inilah, memang cantik pun tudung ni.
Pengajaran : Pilih, Beli, Pakai tudung kerana Allah yg Maha Melihat bukan untuk manusia melihat.ok!(^ ^)
Salam persahabatan bagi mereka yang membaca blog ini, ana pasti ramai antara kita terkadang membuat kesilapan tanpa disengajakan, begitu juga ana sebagai hamba Allah yg dhaif lagi malang sekiranya sinaran iman dalam hati ini makin pudar. Ana tidak mahu kehilangan cahaya iman apatah lagi mengambil masa yg lama utk pulihkan semangat iman dalam hati ini nanti
. 


Yakinlah!hanya dengan ayat-ayat suci Al Quran sahaja yg akan memulihkan semua keadaan sedih di sekeliling kita tiada lain melainkan ayat Al Quran dan perbuatan sunnah yg ada pada diri Rasulullah S.A.W.
Begitulah jua dengan perintah Allah s.w.t yang telah mewajibkan kpd setiap muslimah agar menutup auratnya demi untuk kehormatan diri kita daripada fitnah.
 
gambar tudung syria
Mengapa ana menunjukkan gambar tudung syria di atas?
Kerana ...
Tudung inilah yang menjadi fesyen tudung wanita sekarang.Cantik bukan?
Ana pun suka akan corak dan patennya.
Namun...sayang...
Tudung ini banyak digunakan oleh wanita muslim di Malaysia.
Tudung ini sebenarnya tidak mengikut syariat Islam kita  sebenarnya..
Sebab...
Tudung ini sebenarnya pendek dan tidak melepasi paras dada pun,
Amat tidak sesuai untuk dipakai di luar bertemu dgn khalayak.
Ana ada seorang kawan di asrama yg menjual tudung ini dan tudung arini yg amat popular di Indonesia.
BAGUS!!!
menjual tudung,amat bagus,menggalakkan wanita terutamanya guru pelatih di sini untuk menutup aurat.(Alhamdulillah,semuanya memang menutup aurat)
Ana pun mencuba tudung yg dijualnya, tudung syria.
Semasa melihat wajah di cermin ketika ana berjilbab, ana melihat alangkah cantiknya tudung ini  untuk dibawa dalam solatku. 
Semoga aku mati esok kain kapanku cantik seperti ini.
InsyaALLAH...
Ana pun membeli tudung ini.
Rasa selesa memakainya dikenakan pula dengan telekung yg wangi ini.(Hihi)
Ketika menyembah Allah di atas sejadah biru, terasa ada Dia di hati dan di hadapan.
"Anta'budallah kaannaka tarohufailllam takuntarohu fainnahu yaroka"
Jika engkau menyembah Allah, maka sesungguhnya Dia melihat engkau, Jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat Engkau"-Hadith Nabi s.a.w


Anak tudung yg selesa
Lembut sahaja apabila mengenakannya terutamanya waktu solat
Jika waktu panas, akan boleh memakainya anak tudungnya sahaja, bagi rambut yg panjang,anda jangan bimbang utk memakainya kerana bahagian belakang tutup dan jika dibuat sanggul, anda akan selasa.
Bila waktu anda berqiammulail, pakailah tudungnya sekali ya, 
Untuk elakkan kesejukan di bahagian leher, 
Al Maklumlah, pagi-pagikan sejuk, tambahan pula apabila anda membasuh leher anda untuk berwudhu',akan menambahkan keselesaan anda. (",)
SELAMAT MENCUBA!!!


Comel!amat comel terutamnya apabila di bawa dalam solat,rasa lengkap bertudung dan bertelekung menghadap Rabbul Izzati!