;






Bismillahirohmanirohim...


Maafkan Cikgu, si comelku…
( khas untuk murid-murid ku SK Dato’ Demang Hussin…anak yang terlalu istimewa dalam hatiku )
Mereka tidak diminta untuk menjadi seperti itu…
Mereka terlalu istimewa buatku,
Hingga aku takut untuk memegang “amanah” ini,
Arinah, Syira , Asim, …
Hari ini cikgu menangis…..mandi, makan, tidur Cikgu … kerap Cikgu fikirkan tentang awak bertiga..apakah yang Cikgu boleh bantu awak…

Hari ini Cikgu menangis…setelah lama Cikgu bersabar dan menahan karenah kemanjaan kamu…
Cikgu seronok dan gembira apabila setiap kali Cikgu mengajar kamu senyum dan cium pipi Cikgu dulu…

Apabila Cikgu “tak tahan sabar” dengan tingkah laku awak yang tiba-tiba aktif…dan menganggu orang lain…Cikgu bersabar lagi…Cikgu tak nak keluarkan suara yang kuat dan marah kamu…Ckgu mahu didik kamu bertiga dengan lembut dan halus dengan pandangan mata hati Cikgu…

Jika Cikgu tak tahan..Cikgu merajuk…Cikgu keluar dari pintu kelas…kamu semua datang pada Cikgu dan peluk cium Cikgu untuk minta maaf…Cikgu faham sayangku..kamu diciptakan terlalu istimewa..kamu punya perasaan yang sangat luar biasa…

Tapi Cikgu sedih apabila kamu tidak fokus…Cikgu sedih bila kamu terlalu mahu bermain-main semasa belajar,
Kan cikgu memang sediakan permainan yang kamu nak???

Kita memancing ikan mainan, mengecat, melompat-lompat, buat topeng, macam-macam Cikgu ajar kat awak semua,kan?
Hari ini Cikgu terlalu sebak sebab kamu tidak seceria minggu lepas…
Kamu rasa penat dengan pengajaran Cikgu….
Cikgu minta maaf sayang…sebab Cikgu penat semalaman tidak tidur kerana memikirkan amanah lain yang perlu Cikgu buat…
Hingga Cikgu terlupa nak belikan mainan untuk kita belajar hari ini…

Maafkan cikgu sayang…
Cikgu minta maaf jika cikgu sudah mengainayai kamu semua,
Maafkanlah kesilapan Cikgu jika Cikgu masih lagi belum memahami hati kamu,
Maafkan Cikgu jika Cikgu ada “melabel” kamu dengan perkataan yang tidak baik walaupun dalam hati kecil Cikgu ni…

Maafkan Cikgu kerana Cikgu menilai awak dari segi luaran untuk mencapai hasrat hati Cikgu…
Sedangkan kamu adalah istimewa dan cukup bijak memahami perasaan orang lain,
Cikgu mahu kamu tahu yang Cikgu sayangkan kamu,
Sampai bila-bila…
Cikgu tahu…cikgu sedar…cikgu tak layak untuk mengajar kamu kerana kamu terlalu hebat di sisi Allah…

Sedangkan cikgu hanyalah orang biasa….
Maafkan cikgu sayang.. atas kesalahan dan dosa yang Cikgu lakukan kepada awak…
Tidak sanggup Cikgu hendak meninggalkan awak..
Maafkan Cikgu lagi sekali muridku sayang…
Ampunkan kesalahan dan dosa Cikgu kepadamu…

Cikgu takut jika kerana dosa dan kesalahan Cikgu kepada awak kerana tidak memahami hikmah penciptaan awak seperti ini, maka kamu bertanya kepada Cikgu di akhirat nanti tentang perbuatan Cikgu kepada kamu…Cikgu sangat gembira apabila kamu sentiasa dapat faham apa yang Cikgu sampaikan pada kamu….tetapi Cikgu juga manusia biasa yang perlukan juga “prihatin” daripada kamu untuk Cikgu teruskan hidup ini si comelku…

With Love Just You Know All This Allah…

Begitu juga Firas…anak muridku “Sindrom Down” yang dahulunya sukar untuk masuk ke kelas semasa sesi aku mengenal dirinya…
Alhamdulillah…aku tidak putus asa untuk mahu dia mendapat “sesuatu” apabila ke sekolah…

Walaupun satu tapak ilmu sahaja…aku mahu dia dapat sesuatu…

Ku panjatkan syukur kepada Allah…dia sendiri tahu waktu jadual aku mengajarnya dan dia akan bersiap sedia berdiri di hadapanku  untuk belajar atau dia berada dalam kelas terus tanpa perlu aku “membawa”…”menarik tangannya” untuk masuk ke kelas…

Hari ini..dia mahukan topeng yang dibuatnya minggu lepas…=)…Hingga sanggup panjat meja belajar yea…Biarkanlah dahulu…kita ceriakan kelas awak dengan hasil kerja awak ye Yash..kita buktikan bahawa Yash boleh!!!
Allah Maha Melihat setiap perbuatan hambaNya dan Allah mengetahui setiap niat dalam lintasan hati setiap hambaNya untuk memikul amanah…



“Allah Tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kamu yang kafir.”
(Al Baqarah :284-286)

This all one of the steps of Tarbiyyah as a person who obeys Allah's message...