;
Method Dakwah Remaja
Bismillahirahmanirohim...

Firman ALLAH s.w.t :

Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya.an nisa, ayat 63

Berdasarkan kepada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t menyarankan kita supaya kita menyampaikan sesuatu mesej dakwah kepada manusia dengan menggunakan perkataan yang baik dan bersopan santun.

Jika kita melihat aspek dakwah pada hari ini, kebanyakan manusia seperti para penceramah motivasi banyak menggunakan kaedah saintifik dan teknologi untuk menarik perhatian seseorang manusia yang ingin didakwahkan.

Ya, jika kita memahami kita dapat melihat bahawa adalah menjadi kepentingan untuk kita semua memahami seseorang sebelum kita terus berdakwah kepada individu terbabit. Justeru, adalah sangat penting untuk kita mengenali usluk dakwah 'trend sekarang'...namun masih mengekalkan teknik yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Prinsip 5T yang telah diperkenalkan oleh baginda amat sesuai untuk dipraktikkan pada zaman ini :-

T1 ..: TAZKIYAH yang membawa maksud penyucian jiwa melalui pembinaan potensi hati sesuai dengan hadith bahawa dalam diri manusia terdapat seketul daging yang bernama hati sekiranya daging itu baik, maka baiklah keseluruhannya dan sebaliknya.

T2 ..: TARGHIB bermaksud rangsangan positif yang membangunkan jiwa manusia. Contoh : tayangan-tayangan gambar pelajar cemerlang SPM 2008-Nik Nur Madihah

T3 ..: TARHIB bermaksud menimbulkan rasa kewaspadaan dalam jiwa terhadap dosa dan amalan-amalan buruk. contoh : tontonan video "Mat rempit tersepit"

T4 ..: TANZIR bermaksud menimbulkan rasa takut terhadap ancaman-ancaman telah dijanjikan oleh Allah. Contoh : tontonan video "tanda-tanda qiamat seperti tsunami"

T5 ..: TABSYIR bermaksud gerak nurani untuk melakukan kebaikan melalui janji-janji yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Contoh : tontonan video " cerita keinsafan daripada filem Kun Fayakun"

Semua ini adalah konsep semata-mata namun perlulah dipraktikkan dengan jayanya agar method dakwah sebegini dapat memberikan kesan dan kesedaran kepada madu' kita...

Wallahualam...