;
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam. Setiap hikmah penciptaan sentiasa ada asbab di sebalik berlakunya sesuatu peristiwa itu. Dari Daie menuju Mad'u merupakan istilah sinonim yang kian membara dalam dada-dada insan yang hebat, memiliki fikrah islamiyyah yang jelas dalam perjuangan. Saya amat bersyukur kepada Allah swt kerana dapat menggunakan aqal fikiran yang waras untuk kita sama-sama muhasabahkan diri kita sebagai hamba Allah swt. 

Saya amat tertarik untuk berkongsi bersama rakan-rakan pembaca sekalian berkaitan dengan HIDUP dan AKHIRAT, Hari ini saya menikmati hidangan ilmu yang cukup mantap daripada seorang ustaz hasil kuliah yang saya dengar..Begini kata beliau :
"HIDUP DI DUNIA INI MERUPAKAN MEDAN KEMATIAN YANG HAKIKI AKAN BERLAKU DALAM DIRI KITA SENDIRI, TAPI MEDAN AKHIRAT AKAN SENTIASA MENJADIKAN TUBUH BADAN KITA SEGAR DAN SIHAT KERANA DI SITU LETAKNYA JASAD KITA YANG KEKAL ABADI".


Terjatuh juga hati dan aqal saya apabila mendengar apa yang diucapkan oleh Ustaz, saya akui sejak memulakan kerjaya sebagai seorang guru, banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang daie yang benar-benar berada di bawah keredhaan Allah swt.  Hal Ehwal Jemaah, Kerjaya, Keluarga, Alhamdulillah, saya mendapat apa yang saya cita-citakan dan doa, Allah swt sentiasa memakbulkan setiap doa hambaNya yang sentiasa berminta-minta kepadaNya dalam waktu senang atau sukar. 

Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma katanya: Pada suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engakau dapatiNya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala buku.
(Hadis Riwayat Tarmizi)



Dalam kegawatan ilmu agama yang tidaklah begitu tinggi kerana situasi diri saya yang hanyalah bersekolah biasa sahaja, lalu dipilih oleh Allah untuk memahami makna daie ketika berada di kampus selama 5 tahun setengah banyak memberikan ruang tarbiyyah kepada saya untuk menjadi hamba di sisi Allah swt. 

Doa yang selama ini saya panjatkan kepada Allah swt adalah untuk menjadi seorang daie yang mampu memperkembangkan sayap dakwah tanpa apa-apa pangkat. Itulah yang amat saya perlukan untuk bekalan hidup di dunia ini. Saya bersyukur untuk membawa name tag "Hamba Allah" untuk menjadi antara yang terbaik dan terbilang di sisiNya.  Saya berkata begini bukan kerana apa kerana memikirkan tanggungjawab dakwah bukan semudah kita menulis di Face Book, mungkin mampu untuk taip di keyboard, namun bagaimana pelaksanaan iman kita?. Tambahan pula, saya  sedar setakat mana kemampuan diri saya sendiri. Banyak kelompangan dari sudut ilmu, tarbiyyah roh, kekuatan iman dan pelbagai faktor fizikal yang lain. Terlalu biasa dan kerdil diri ini apabila melihat rakan-rakan lain yang sangat hebat dari sudut memberi ayat Al Qurannya, ucapannya...sedangkan diri ini amat-amat kecil dan lemah.

Namun begitu, apabila kita bergerak atas dasar kefahaman tentang tuntutan berdakwah ini, Alhamdulillah, berkat doa  yang dititipkan dan bakat yang diberikan oleh Allah swt, saya kuatkan hati dan fikiran kerana pada bulan Januari yang lalu, saya diminta oleh Ustaz Azhan bagi menggantikan kuliah magribnya di Sek Men Vokasional Lebuh Cator  telah membuahkan anggur tarbiyyah buat diri saya apabila usai memberikan kuliah saya diberikan rezeki dari Allah swt kerana berpeluang untuk menyampaikan usrah/ tazkirah kepada semua pelajar di sekolah tersebut setiap minggu bagi bersama-sama dalam ruang lingkup berkongsi ilmu kepada adik-adik di sana. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana akan bersama dengan lebih kurang 300 pelajar lelaki dan perempuan di sana untuk berkongsi ilmu...meskipun dalam hati saya hanya mampu menyatakan pada Ustaz Basith bahawa saya hanyalah seorang guru biasa, tiada latar belakang sekolah agama dan pelbagai lagi kelemahan ilmu yang ada pada diri saya, berkali-kali menolak tawaran ini, namun Ustaz tetap  jua berusaha keras memujuk dan disertai pelajar yang lain..namun, hati saya tetap berdoa agar  mampu istiqamah untuk menyampaikan risalah dakwah kepada mereka selama 1 tahun bersama jadual kuliah yang diberikan. Bukan kerana apa, kerana memikirkan diri ini seorang wanita dan perlukan mahram untuk keluar malam tambahan pula memberikan usrah kubra kepada adik-adik muslimin juga, semoga dipermudahkan olehNya akan urusan yang lain juga. Doakan saya. Alhamdulillah, saya panjangkan usrah ini kepada sahabat-sahabat Nisa'  yang amat disayangi. Merekalah penawar imanku ini.



(amat berterima kasih kpd Kak Teh,Kak Adila, Kak Ida, Kak Saniah, Zu dan semua yang lain) untuk membantu melakukan usrah in hometown and paradise untuk menarik adik-adik ini agar istiqamah untuk menjadi bakal naqib dan naqibah suatu masa nanti bila di IPT kelak. Semoga doa untuk mendidik mereka agar menjadi generasi IQRA dapat direalisasikan dalam masa beberapa bulan lagi. 

Terdapat lagi beberapa perkongsian pengalaman yang ingin saya berkongsi dengan rakan-rakan pembaca sebagai pembina jati diri iman agar kita sentiasa kuat dan tabah untuk melebarluaskan sayap dakwah, InsyaAllah di lain masa.
P/S : Doakan saya agar istiqamah dengan jalan perjuangan ini agar dapat melantunkan momentum dakwah ini kpd ahli keluarga saya yang tersayang, (aku hanya berusaha tapi Kuasa Allah yg memberikan hidayahNya)

~Strategi Dakwah sudah bermula,Majukan langkah, Kuatkan iman, Hancurkan dosa dan mungkar dalam lewat tahajud kita~

Strive in Dakwah! Mawar Putih itu lambang hati kita~