;

Bismilahirohmanirohim...

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.
Bismillahirohmanirohim...


Kehidupan adalah hakikat perjalanan yang dilalui oleh setiap insan yang bakal dilahirkan di dunia ini.Kita ini yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi, anak, ahli masyarakat, sahabat kepada sahabat yang lain dan sebagainya lagi peranan kita dalam kehidupan di dunia ini. Itulah hakikat perjalanan kehidupan yang perlu kita lalui meskipun kadang-kala kita merasakan bahawa kita ini masih muda dan tidak perlu buat terlalu banyak kerja.

Namun, realiti kehidupan yang perlu kita lalui ialah betapa pentingnya untuk kita ini SEDAR kembali mengapa kita diciptakan dalam kehidupan ini?
Firman Allah dalam surah Al-Bayinnah, ayat 5 :
Dan tidak Aku (ALLAH) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.

Adakah kita faham apa yang telah diperintahkan oleh Allah Taala ini @ kita buat-buat faham?
Jangan termangu fikirkan persoalan,
Jangan termenenung mengenangkan masa depan,
Jika hakikat kewujudan masih diketepikan,
Menjadikan dunia tempat kelahiran,
Melupakan akhirat medan perjumpaan,
Antara manusia dan juga Tuhan,
Nilailah diri duhai kalian,
Sebelum diri menjerit kesakitan,
Merana badan kerana kejahilan,
Tentang agama Tuhan yang telah berzaman,
Sengaja tidak mengendahkan
kerana merasakan diri terlalu sibuk dengan keduniaan.

Jangan sekali-kali kita menyangkal hakikat penciptaan kita di muka bumi Allah ini. Jadilah manusia yang seringkali memikirkan soal TAKUT kepada ALLAH (taqwa) kerna di situlah kita boleh menilai diri kita ini adalah hamba yang soleh @ solehah atau tidak.
 
Dalam kehidupan seorang hamba, kadang kala kita diberikan terlalu banyak cara oleh Allah Taala untuk menjadi khalifah di muka buminya, kita merasakan bahawa kita cukup letih dengan gerak kerja da'wah kerana 'rasa' dah banyak berkorban dan menyumbang untuk agama Allah semasa suatu waktu dahulu. Namun, adakah cukup?
Pastilah belum kerana anda dan saya belum lagi menempuh beberapa lagi peranan utama dalam kehidupan.
Peranan  sebagai ANAK SOLEH - tanggungjawab kpd keluarga dan ibu bapa yang keuzuran
Peranan sebagai CUCU SOLEH - kepada nenek dan datuk yang keuzuran
Peranan sebagai SUAMI / ISTERI - mencintai pasangan anda dan taat sepenuhnya kpd keluarga kedua-dua belah pihak.
Peranan sebagai AHLI MASYARAKAT - sumbangan kepada anak yatim, warga emas, orang kurang upaya, anak luar nikah, ibu tunggal, bapa tunggal dan ahli masyarakat yang lain.
Peranan sebagai Hamba Allah yang soleh - keikhlasan hati beribadah, pegang dan amalkan kitab Al Quran dan sunnah Nabi S.A.W, ketaatan pada perintah Allah, zikir munajat & qiamulail (pengharapan yg tinggi pada Allah Taala)

Ingat!mati itu adalah pasti, namun, apa yang paling nikmat bagi diri saya ialah MATI DALAM SENYUMAN apabila berada dalam kubur bertemu kekasihku yang amat ku cintai...ALLAH....ALLAH...ALLAH...
BERBISANYA HATI INI APABILA MENGINGATI MU ALLAH!
AKU CINTAKAN ALLAH SELAMANYA!

# Fikirkanlah lagi apakah peranan kita sebagai KHALIFAH dalam agama Allah!!!#
-Aku Hanya Hamba Dhaif-