;
Memaparkan catatan dengan label BERITA'S. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA'S. Papar semua catatan
Bismillahirohmanirrohim....
Al Ahzab ayat 59:
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal sebagai perempuan yg baik-baik, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
Adakah anda merasakan bahawa anda anak yang solehah?
Sepertimana anak-anak   perempuan yang difirmankan oleh Allah Taala dalam surah di atas?
 Di manakah bukti anda bahawa anda anak solehah di hadapan Allah jika anda adalah orang-orang yang benar?
Jika benarlah anda memang anak perempuan yg solehah, di mana anda ketika anda membeli belah membeli tudung untuk menutup aurat?


NIAT SEBELUM BELI TUDUNG 
  • Apabila emak @ bapa saya memberikan wang belanja ini, ingat nak beli bajulah untuk nampak lawa sikit bila ke kuliah.
  • niatnya : bila pakai nanti nampak cantik sikit.
  • tgh membuat survey di pusat membeli belah, tengok tudung syria ni cantiklah...teringin pulak nak pakai.
  • Belilah jugak.
    NIAT SEMASA MEMBELI
  • Cantik sangat tudung ini, pendek sikit tak apelah, janji tebal, tutup aurat (pada pandangan mata si pembeli).
  • nanti kawan-kawan tgk, mesti mereka rasa aku nampak cantik (puji dalam hati)
  • Nanti nak tunjuk kat merekalah.
  • Best!
  • NIAT SELEPAS MEMBELI
  • Balik ni, ingat nak bawak balik asrama,lepas itu, tunjukkan kat kawan-kawanlah...
  • Mesti mereka akan puji(hihi)
  •  Nanti kalau beli makanan, nak pakai tudung inilah, memang cantik pun tudung ni.
Pengajaran : Pilih, Beli, Pakai tudung kerana Allah yg Maha Melihat bukan untuk manusia melihat.ok!(^ ^)
Salam persahabatan bagi mereka yang membaca blog ini, ana pasti ramai antara kita terkadang membuat kesilapan tanpa disengajakan, begitu juga ana sebagai hamba Allah yg dhaif lagi malang sekiranya sinaran iman dalam hati ini makin pudar. Ana tidak mahu kehilangan cahaya iman apatah lagi mengambil masa yg lama utk pulihkan semangat iman dalam hati ini nanti
. 


Yakinlah!hanya dengan ayat-ayat suci Al Quran sahaja yg akan memulihkan semua keadaan sedih di sekeliling kita tiada lain melainkan ayat Al Quran dan perbuatan sunnah yg ada pada diri Rasulullah S.A.W.
Begitulah jua dengan perintah Allah s.w.t yang telah mewajibkan kpd setiap muslimah agar menutup auratnya demi untuk kehormatan diri kita daripada fitnah.
 
gambar tudung syria
Mengapa ana menunjukkan gambar tudung syria di atas?
Kerana ...
Tudung inilah yang menjadi fesyen tudung wanita sekarang.Cantik bukan?
Ana pun suka akan corak dan patennya.
Namun...sayang...
Tudung ini banyak digunakan oleh wanita muslim di Malaysia.
Tudung ini sebenarnya tidak mengikut syariat Islam kita  sebenarnya..
Sebab...
Tudung ini sebenarnya pendek dan tidak melepasi paras dada pun,
Amat tidak sesuai untuk dipakai di luar bertemu dgn khalayak.
Ana ada seorang kawan di asrama yg menjual tudung ini dan tudung arini yg amat popular di Indonesia.
BAGUS!!!
menjual tudung,amat bagus,menggalakkan wanita terutamanya guru pelatih di sini untuk menutup aurat.(Alhamdulillah,semuanya memang menutup aurat)
Ana pun mencuba tudung yg dijualnya, tudung syria.
Semasa melihat wajah di cermin ketika ana berjilbab, ana melihat alangkah cantiknya tudung ini  untuk dibawa dalam solatku. 
Semoga aku mati esok kain kapanku cantik seperti ini.
InsyaALLAH...
Ana pun membeli tudung ini.
Rasa selesa memakainya dikenakan pula dengan telekung yg wangi ini.(Hihi)
Ketika menyembah Allah di atas sejadah biru, terasa ada Dia di hati dan di hadapan.
"Anta'budallah kaannaka tarohufailllam takuntarohu fainnahu yaroka"
Jika engkau menyembah Allah, maka sesungguhnya Dia melihat engkau, Jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat Engkau"-Hadith Nabi s.a.w


Anak tudung yg selesa
Lembut sahaja apabila mengenakannya terutamanya waktu solat
Jika waktu panas, akan boleh memakainya anak tudungnya sahaja, bagi rambut yg panjang,anda jangan bimbang utk memakainya kerana bahagian belakang tutup dan jika dibuat sanggul, anda akan selasa.
Bila waktu anda berqiammulail, pakailah tudungnya sekali ya, 
Untuk elakkan kesejukan di bahagian leher, 
Al Maklumlah, pagi-pagikan sejuk, tambahan pula apabila anda membasuh leher anda untuk berwudhu',akan menambahkan keselesaan anda. (",)
SELAMAT MENCUBA!!!


Comel!amat comel terutamnya apabila di bawa dalam solat,rasa lengkap bertudung dan bertelekung menghadap Rabbul Izzati!


 



Bismillahirohmanirohim....


Kepada para intelektual berkarisma, yang mempunyai mata hati (iman) dan mata Ilahi (cahaya petunjuk Allah), saya mohon saudara/i untuk membuka minda dan akal kurniaan Tuhan untuk kita sama-sama telusuri punca masalah ummah yang semakin bernanah sejak serangan zaman globalisasi kini.Yang menjadi asbab kepada munculnya serangan pemikiran yang kian menjadi-jadi pada akhir zaman ini adalah kerana adanya golongan yang melakukan perkara yang amat menzalimi diri mereka sendiri iaitu satu golongan yang amat dibenci oleh Allah Taala yang dinamakan sebagai golongan Bani Isreal.

Tanpa kita sedari, kita tidak perasan dan tidak pula ketahui bahawa kita sekarang berada dalam era akhir zaman,yang mana terdapat pelbagai variasi golongan akhir zaman ini yang membawa perkara-perkara sembahan syaitan (thagut) sepertimana yang telah dilakukan oleh disabdakan oleh Nabi S.A.W iaitu :
"Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh. Mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin"

Kita lihat bagaimana peperangan antara hak dan batil sudah berlaku sejak daripada iblis yang melawan perintah Allah hinggalah zaman kita sekarang ini yang mana betapa jahatnya ideologi syaitan laknatullah yang mencuba untuk menyesatkan umat manusia hingga menjadi kawannya dalam api neraka. Kini, kita lihat serangan pemikiran secara halus yang sedang dilakukan oleh Yahudi yang sememangnya sentiasa panas dengan kebahagiaan umat Islam di dunia ini. Pelbagai agenda dicipta untuk mendukacitakan umat Islam hingga merasakan bahawa membunuh manusia itu adalah nikmat bagi mereka.

NEGARA ISRAEL RAYA : GERAKAN FREEMASONRY

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah gerakan freemasonry? Matlamat penubuhan gerakan ini juga amat tersirat kerana matlamatnya penuh dengan tipu daya syaitan yang telah menjadikan segala agenda dan perancangan yang dicipta adalah baik dan membawa keharmonian sejagat. Namun, hakikatnya, penubuhan gerakan ini adalah gerakan yang telah dibawa oleh ahli neraka. anggota dalam ahli neraka yang terlibat dengan gerakan ini mahu menambahkan lagi bilangan ahli nerakanya dengan menganjurkan segala pertubuhan-pertubuhan kebajikan namun, hempedu yang ingin dibalas bukannya dengan madu, ditambah pula cuka untuk merosakkan pemikiran orang Islam.


Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 54 :
" Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah juga mengadakan tipu daya.Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pembuat tipu daya"

Serangan pemikiran (Al ghazwulfikri) yang sedang dilakukan oleh ahli neraka ini ialah mereka memanipulasikan sirah Nabawiyyah. Kita lihat bagaimana bentuk Perjanjian Aqabah 2 yang mana pengikut dalam perjanjian ini sanggup untuk mati mempertahankan Nabi S.A.W dan Islam.. Dan inilah strategi yang telah dilakukan oleh mereka (Yahudi) dalam gerakan ini dengan melakukan sumpah taat setia yang berbunyi :
" Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan taurat serta dengan penuh penghormatan saya, sesungguhnya saya telah menjadi salah seorang daripada anggota yang kesembilan mengasaskan pergerakan ini (secret power). Saya berjanji tidak akan mengkhianati saudara seanggota dengan apa-apa bentuk kemudaratan berdasarkan ketepatan pergerakan. Saya berjanji untuk mengikut segala peraturan yang telah disepakati bersama dengan penuh ketaatan, amanah dan berusaha melakukan dengan sebaik-baiknya. SAYA BERJANJI AKAN BERUSAHA MENAMBAHKAN BILANGAN ANGGOTANYA. Saya juga berjanji akan memesongkan sesiapa sahaja yang mengikut ajaran Al Masih (Nabi Isa a.s) dan berusaha sedaya upaya saya untuk MEMBUNUH mereka yang menyebarkan ajaran ini. Saya berjanji tidak akan membocorkan mana-mana rahsia yang tersimpan antara kami seanggota kepada anasir luar mahupun daripada kalangan anggota kami (yang berpaling tadah). Sekiranya saya telah didapati membocorkan rahsia pergerakan mahupun perkara-perkara yang harus diselindungi antara kami seanggota, maka saudara seanggota saya berhak untuk membunuh saya dengan apa cara sekalipun."
Kini, baiah itu turut diikuti pula oleh golongan ahli neraka ini yang dimulakan oleh dua orang lelaki Yahudi yang bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi. Mereka ini merupakan penasihat kepada Raja Herod's Akriba/ Father. Perasan atau tidak sejak negara kita dijajah oleh British, inilah cara ideologi yang telah dibawa oleh mereka iaitu, melantik seorang penasihat daripada kalangan mubaligh kristian untuk menjadi penasihat kepada Raja  di Tanah Melayu pada ketika itu sehinggalah mereka berjaya mengasingkan sistem politik negara kita daripada berpandukan Quran dan Sunnah hinggalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang asalnya daripada ajaran agama Islam telah melekat cara perlembagaan undang-undang Britsh yang lebih enak dikatakan undang-undang Iblis.

PANGKAT YANG DIBERI UNTUK PERANGKAP HATI DAN PEMIKIRAN ANGGOTANYA
Martabat peringkat pertama : Ahli Biasa yang digelar Friend / Saudara
Martabat peringkat kedua    : Pekerja
Martabat peringkat ketiga    : Guru / Master

MATLAMAT MARTABAT INI
1) memperkenalkan pertubuhan yang dinaungi mereka ke seluruh dunia dengan berkecimpung di dalam arena politik, sosial dan ekonomi, seterusnya mengumpul segala maklumat tentang negara yang menjadi sarang operasi mereka

2) Menarik perhatian orang-orang yang mempunyai KEPENTINGAN di dalam sesebuah NEGARA @ PERTUBUHAN untuk didedahkan dengan pergerakan ini.

Sumpah taat setia seorang ahli neraka Jahaman yang berpura-pura baik demi untuk menarik lebih ramai anggotanya ialah :
" Freemasonry tidak pernah berhenti untuk memberi bantuan dalam bidang ilmu pengetahuan, misi kedamaian dan pembangunan moral. Secara global, freemasonry adalah tunggak sosial. Titik perhatian pada kesempurnaan dan kemuliaan dari satu negara ke satu negara yang lain dari satu BANGSA ke SATU BANGSA yang lain. Semua itu dilakukan dengan langkah yang mantap, cita-cita yang tinggi dengan melibatkan PARA PEMBESAR DAN PEMIMPIN AGAMA. Mereka akan  melaksanakan rancangan politik dan tugas-tugas mereka sehinggalah freemasonry tersebar ke serata dunia. PEMIMPIN ATASAN dan ANGGOTANYA dianggarkan mencapai puluhan juta yang terdiri daripada RAJA-RAJA, AHLI FALSAFAH, PEMIMPIN AGAMA, CENDIAKAWAN DAN PARA PEMIMPIN NEGARA.

TAMBAHAN ISI SUMPAH TAAT SETIA :
"Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan dengan sepenuh keimanan serta penghormatan saya, sesungguhnya saya bersatu bersama saudara seanggota untuk melakukan segala apa yang telah disepakati oleh kami semua. Sesungguhnya saya berjanji akan saling tolong menolong sesama mereka dan sehati sejiwa hingga akhir hayat saya:
-ini adalah untuk mengelirukan ideologi orang Islam-

ANTARA PERTUBUHAN YANG TERLIBAT DALAM GERAKAN FREEMASONRY DI MALAYSIA
PERSOALAN UNTUK KALIAN!!!
 Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"BUKAN DARI KALANGAN KITA ORANG YANG MENYERU KE ARAH ASSOBIYYAH (bangsa), BUKAN DARI KALANGAN KITA ORANG YANG BERPERANG ATAS DASAR ASSOBIYAH (bangsa) DAN BUKAN DARI KALANGAN KITA ORANG YANG MATI ATAS DASAR ASSOBIYAH (bangsa)"
(Riwayat Muslim)
"ASSOBIYAH ITU IALAH KAMU MENOLONG KAUMMU DI ATAS DASAR KEZALIMAN"
-Hadis Nabi S.A.W-

P/S : Peluklah dan rangkulah agama Allah dengan sedalam-dalamnya...
-Aku hanya Hamba Dhaif-