;
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam. Setiap hikmah penciptaan sentiasa ada asbab di sebalik berlakunya sesuatu peristiwa itu. Dari Daie menuju Mad'u merupakan istilah sinonim yang kian membara dalam dada-dada insan yang hebat, memiliki fikrah islamiyyah yang jelas dalam perjuangan. Saya amat bersyukur kepada Allah swt kerana dapat menggunakan aqal fikiran yang waras untuk kita sama-sama muhasabahkan diri kita sebagai hamba Allah swt. 

Saya amat tertarik untuk berkongsi bersama rakan-rakan pembaca sekalian berkaitan dengan HIDUP dan AKHIRAT, Hari ini saya menikmati hidangan ilmu yang cukup mantap daripada seorang ustaz hasil kuliah yang saya dengar..Begini kata beliau :
"HIDUP DI DUNIA INI MERUPAKAN MEDAN KEMATIAN YANG HAKIKI AKAN BERLAKU DALAM DIRI KITA SENDIRI, TAPI MEDAN AKHIRAT AKAN SENTIASA MENJADIKAN TUBUH BADAN KITA SEGAR DAN SIHAT KERANA DI SITU LETAKNYA JASAD KITA YANG KEKAL ABADI".


Terjatuh juga hati dan aqal saya apabila mendengar apa yang diucapkan oleh Ustaz, saya akui sejak memulakan kerjaya sebagai seorang guru, banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang daie yang benar-benar berada di bawah keredhaan Allah swt.  Hal Ehwal Jemaah, Kerjaya, Keluarga, Alhamdulillah, saya mendapat apa yang saya cita-citakan dan doa, Allah swt sentiasa memakbulkan setiap doa hambaNya yang sentiasa berminta-minta kepadaNya dalam waktu senang atau sukar. 

Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma katanya: Pada suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engakau dapatiNya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau. Diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala buku.
(Hadis Riwayat Tarmizi)



Dalam kegawatan ilmu agama yang tidaklah begitu tinggi kerana situasi diri saya yang hanyalah bersekolah biasa sahaja, lalu dipilih oleh Allah untuk memahami makna daie ketika berada di kampus selama 5 tahun setengah banyak memberikan ruang tarbiyyah kepada saya untuk menjadi hamba di sisi Allah swt. 

Doa yang selama ini saya panjatkan kepada Allah swt adalah untuk menjadi seorang daie yang mampu memperkembangkan sayap dakwah tanpa apa-apa pangkat. Itulah yang amat saya perlukan untuk bekalan hidup di dunia ini. Saya bersyukur untuk membawa name tag "Hamba Allah" untuk menjadi antara yang terbaik dan terbilang di sisiNya.  Saya berkata begini bukan kerana apa kerana memikirkan tanggungjawab dakwah bukan semudah kita menulis di Face Book, mungkin mampu untuk taip di keyboard, namun bagaimana pelaksanaan iman kita?. Tambahan pula, saya  sedar setakat mana kemampuan diri saya sendiri. Banyak kelompangan dari sudut ilmu, tarbiyyah roh, kekuatan iman dan pelbagai faktor fizikal yang lain. Terlalu biasa dan kerdil diri ini apabila melihat rakan-rakan lain yang sangat hebat dari sudut memberi ayat Al Qurannya, ucapannya...sedangkan diri ini amat-amat kecil dan lemah.

Namun begitu, apabila kita bergerak atas dasar kefahaman tentang tuntutan berdakwah ini, Alhamdulillah, berkat doa  yang dititipkan dan bakat yang diberikan oleh Allah swt, saya kuatkan hati dan fikiran kerana pada bulan Januari yang lalu, saya diminta oleh Ustaz Azhan bagi menggantikan kuliah magribnya di Sek Men Vokasional Lebuh Cator  telah membuahkan anggur tarbiyyah buat diri saya apabila usai memberikan kuliah saya diberikan rezeki dari Allah swt kerana berpeluang untuk menyampaikan usrah/ tazkirah kepada semua pelajar di sekolah tersebut setiap minggu bagi bersama-sama dalam ruang lingkup berkongsi ilmu kepada adik-adik di sana. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana akan bersama dengan lebih kurang 300 pelajar lelaki dan perempuan di sana untuk berkongsi ilmu...meskipun dalam hati saya hanya mampu menyatakan pada Ustaz Basith bahawa saya hanyalah seorang guru biasa, tiada latar belakang sekolah agama dan pelbagai lagi kelemahan ilmu yang ada pada diri saya, berkali-kali menolak tawaran ini, namun Ustaz tetap  jua berusaha keras memujuk dan disertai pelajar yang lain..namun, hati saya tetap berdoa agar  mampu istiqamah untuk menyampaikan risalah dakwah kepada mereka selama 1 tahun bersama jadual kuliah yang diberikan. Bukan kerana apa, kerana memikirkan diri ini seorang wanita dan perlukan mahram untuk keluar malam tambahan pula memberikan usrah kubra kepada adik-adik muslimin juga, semoga dipermudahkan olehNya akan urusan yang lain juga. Doakan saya. Alhamdulillah, saya panjangkan usrah ini kepada sahabat-sahabat Nisa'  yang amat disayangi. Merekalah penawar imanku ini.



(amat berterima kasih kpd Kak Teh,Kak Adila, Kak Ida, Kak Saniah, Zu dan semua yang lain) untuk membantu melakukan usrah in hometown and paradise untuk menarik adik-adik ini agar istiqamah untuk menjadi bakal naqib dan naqibah suatu masa nanti bila di IPT kelak. Semoga doa untuk mendidik mereka agar menjadi generasi IQRA dapat direalisasikan dalam masa beberapa bulan lagi. 

Terdapat lagi beberapa perkongsian pengalaman yang ingin saya berkongsi dengan rakan-rakan pembaca sebagai pembina jati diri iman agar kita sentiasa kuat dan tabah untuk melebarluaskan sayap dakwah, InsyaAllah di lain masa.
P/S : Doakan saya agar istiqamah dengan jalan perjuangan ini agar dapat melantunkan momentum dakwah ini kpd ahli keluarga saya yang tersayang, (aku hanya berusaha tapi Kuasa Allah yg memberikan hidayahNya)

~Strategi Dakwah sudah bermula,Majukan langkah, Kuatkan iman, Hancurkan dosa dan mungkar dalam lewat tahajud kita~

Strive in Dakwah! Mawar Putih itu lambang hati kita~


Ya Allah,
kuatkanlah jejak hidupku ini,
Kekusutan yang melanda kadang kala buatkan hatiku kosong,
Air mata peneman hidup di kala hatiku sunyi,
Sujud padaMu hanya itu yang aku rasai,
Untuk kekal berharap dan bertawakkal kepadaMu,






Jiwa...
Namanya sudah cukup runtum,
Hati dan jiwa dalam 1 aliran darah berpadu,
Sungguh hebat jiwa ini,
Sekali dijentik gembira....bibir senyum menguntum,
Sekali dijentik duka....mata lekas keluar airnya,
Apakah tiada bahagia untukku,


Diam....membisu,
Itulah aku...
Tika hati rasa marah memikirkan di manakah Islam dalam 'syurga' ini...
Hati rasa duka..seperti dibelah...disiat oleh pedang yang sangat halus tajamnya..
Diam...itulah yg terbaik..
dan aku akan kekal begini..


Berusaha bahagiakan hati orang lain,
Sedangkan hatiku ....
Beralah...
Bengkak terluka..
Dibuang apabila tidak diperlukan seperti sampah yang berulat...


Jika sukar untuk menerima..
Katakanlah...aku sekali-kali tidak memaksa...
Itu bukan aku...


Ujian Allah setimpal dengan tahap taqwa hambaNya..
Aku yakin Allah sentiasa bersemi dalam hatiku...
Biarlah aku diperlakukan begini
Airmatalah sahabat baikku selamanya...






Aku redha...apa sahaja yang berlaku...
Kerana aku hanya hamba bukan raja...


Hanya hati yang terpaut dengan kalimah Allah
kekal nyata dalam rohku...
Biarlah hilang nama di dunia
jangan sekali hilang kebahagiaan...


Kadang-kala ini kuluah sesuatu..
Tapi pada siapa...
Aku juga manusia biasa yang perlukan teman berbicara..


Namun...tiada yang sudi...
Menjadi peneman di kala sedih dan susah...
Hanya b'gantung pada diri sendiri untuk memujuk diri...


Biarlah semuanya berlalu...
Aku pasrah apa sahaja yang ditentukan....








Bebas....terbanglah ke mana sahaja yang terbaik,
Dari mencemarkan maruahmu untuk mereka yang tidak sudi,
Pergilah wahai hati jauh ke dasar laut,
Pandanglah Allah dalam setiap urusanmu dgn mata hati...
Ada mutiara bernilai dari Ilahi...
Yang bernama cinta suci...


~Semuga kekal menjadi hambaNya yg solehah~
Salam sayang...






Hari ini hati saya nak berkongsi pengalaman suka duka menjadi seorang anak… juga…sesiapa pun pernah melalui suka dan duka kan? Tapi dalam coretan ini kalau anda boleh mengambil iktibar ambillah supaya anda sentiasa berusaha menyelamatkan diri anda, ahli keluarga anda dan sesiapa sahaja daripada azab api neraka Allah swt. Tujuan saya berkongsi ini adalah kerana Allah SWT semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Mak, saya nak katakan sesuatu kat mak tapi tak terluah sebab saya takut jadi anak derhaka….

Dalam hati aku….usai aku bina kekuatan hatiku sebelum aku pulang ke rumah…aku ikuti dahulu program-program keilmuan untuk tingkatkan kefahaman aku tentang aqidah, iman, islam….
Aku rindu nak wujudkan usrah dalam rumahku…yang mana ada emak…bapa…abang…kakak…adik…sebab usrah ni aku tahu masa aku baru je masuk belajar kat surau aku menuntut ilmu ni…kat aku di u lah...
Tapi kan…boleh ke aku ni…aku sekolah biasa je…hurm….jangan bertindak bodohlah….getus hati aku…

JIHAD…
Melawan hawa nafsu dahulu…
Aku pernah terdengar kata-kata seorang penceramah “Tegakkan Islam dalam dirimu nescaya tertegaklah Islam di sekelilingmu”…Wahh…ini ayat semangat dan kefahaman aku ni…
Baiklah…aku habis belajar lagi 4 tahun…sempat kot…
Aku kene berani tegakkan Islam dalam rumahku ini…macam mane ye nak hidupkan usluk dakwah dalam rumah aku ni…
…..Suatu hari aku pulang ke rumah…emak dan bapakku menyambut dengan penuh kasih sayang…mereka sangat kasihkan aku…aku bersyukur dapat ibu bapa seperti mereka…dari sudut psikologi, memenuhi diriku sebagai manusia yang memerlukan perhatian dan kasih sayang…Alhamdulillah..
…Azan berkumandang…………….
Aku panggil…mak…(dengan keadaan aku bertelekung)...panggilan dgn suara yang paling halus…manja…wajah dgn kuntuman bibir senyum lebar…
Mak : kamu semayanglah..tak pe…mak nanti pun boleh….
Aku : Hurm..mak…jomlah….
Mak : Tak pe…kamu semayang jelah!!!
Aku : senyum membisu (tak kan aku nak buat muka…aku takut jatuh label anak derhaka…) senyum pahit….….aku ambil wudhu’ lagi sekali…kerana hati aku…………menangis pedih…
Dalam bilik air, aku menangis sepuas hatiku…Ya Allah, ampuni dosaku..dosa kedua ibu bapaku…berikanlah hidayah kepada mereka…Lantas…wudhu’ku ambil semula setelah puas menangis…
Solat farduku jaga sebaik mungkin kerana ini adalah sunnah Rasulullah SAW, pesan baginda dalam khutbah terakhir…

KHALWAT DENGAN ALLAH SWT
Setiap kali aku pulang ke kampung, aku pasti sukar untuk menemui solat jemaah dalam rumahku…tak pernah pun…bukan mudah untuk membina hubungan tauhid dgn Allah swt tanpa izinNya yang mengkehendaki hidayah itu kepada siapa yang ingin diberiNya. Namun, sebagai anak gadis…menjadi keazamanku untuk menjadi anak solehah di sisi ibu bapaku…Aku pernah terdengar kuliah di sebuah surau…”Doa ibu bapa akan tetap dimakbulkan walaupun dia kafir”…
Subhanallah…adilnya Allah…

Munajat sepertiga malam menjadi amalan wajib bagiku untuk aku terus menangis dan berminta-minta kpd Allah swt…aku adalah seorang anak…mana ada anak yang sanggup biarkan ibu bapanya merintih menangis dalam api neraka sedangkan anaknya masuk senang-lenang ke syurga…aku selalu bayangkan…sampai hatikah aku biarkan emak dan bapaku yang tidak pernah mendera aku…tidak pernah menzalimi aku…aku biarkan mereka dalam api neraka..menjerit-jerit memanggil namaku sedangkan aku sedang ketawa riang dalam syurga…jahatnya aku…zalimnya aku…aku tak boleh..aku tak sanggup..aku sayang mereka…teramat sayang…sayang sangat…
aku yakin solat malam adalah tanda cintaku kepada Allah…setelah aku dapat cinta Allah..Allah pasti sentiasa ada dalam hati aku…Dia yang jaga aku…ahli keluarga aku sebab aku tak buat syirik…
Aku hanyut dalam keasyikan sujud pada malam hari kepadaNya…
“Ya Allah, berikanlah hidayahMu kepada kedua ibu bapaku, aku sangat sayang pada mereka Ya Allah…aku rindu untuk berjemaah dengan mereka…selama aku hidup aku tidak pernah berjemaah dengan mereka…berikanlah aku peluang Ya Allah…sekurang-kurangnya sebelum aku mati Ya Allah…benarkanlah Ya Allah…aku sanggup Ya Allah, gantikan tempat kedua ibu bapaku ke dalam api nerakamu tapi janganlah masukkan mereka Ya Allah…biarlah aku…aku sayang…cinta sangat pada mereka Ya Allah…mereka dah banyak susah membesarkan anak-anak…izinkanlah Ya Allah utk mereka bahagia…aku sanggup berkorban Ya Allah…” 

menangis tak terhingga mata ini…sepuasnya aku menangis seperti bayi yang lapar dimintakan susu…aku puas..nikmat…memang nikmat…bercinta dgn Allah…
DAKWAH UNTUK BAPAKU
Suatu hari, aku mengajak bapaku jogging…kerap kali jika cuti untuk tambahkan hubungan cinta aku dan bapaku…aku akan mengajaknya kami keluar berdua untuk bercinta…jogging…atau minum cendol pada waktu petang…aku sayang bapaku…
Aku : bapak! Jom kita lari-lari anak…(sambil aku menjeling ka arah bapakku dgn senyuman gembira …lantas tangan kananku memegang jari bapaku untuk kami lari beriringan tangan…sifat romantis anak kepada bapa perlu ada… =)
Selesai jogging….dalam kereta kembara aku berkata..tika itu aku baru berusia 18 tahun…
Aku : Pak…saya sayang bapak…
Bapa : Hurm…kamu belajar mcm mane?
Aku : Ok…Alhamdulillah…bapak…saya abis belajar nak bawa bapak g haji…blh?
Bapa : Itu…tengok dululah…kamu tumpu belajar dulu..
Aku : InsyaAllah…bapak jaga semayang yeh…
Bapa : Hurm…sambil menggangguk…


….Setiap malam aku menatap wajah orang tuaku yang amat aku sayang…baik aku di hostel bawah bantalku ada gambar mereka…baik di rumah…sambil emak bapaku makan..tidur…tengok tv…berbual anak-beranak…wajah mereka…aku tatap…dan terus tatap…
Tapi….doa tetap tak akan hilang untuk mereka…sambil aku tatap..mata hatiku berlinang air mata…kadang kala aku lemah…terbayang juga wajah ibu bapa sahabat-sahabatku yang taat tunaikan perintah Allah swt sekeluarga…aku teringin Allah…
…Untuk aku tunjukkan usluk dakwah…aku amalkan cara Rasulullah SAW…aku gunakan komunikasi bukan lisan…aku bangun awal pagi…qiammulail…solat fardu subuh..mengaji Al Quran, basuh baju, ke pasar, memasak, salam bapaku setiap kali dia ke tempat kerja, tengok tv dgn ahli keluarga bersama, mengaji Al Quran dgn alunan yg paling merdu semampuku di ruang tamu (bukan tanda untukku riak tapi untukku qudwahkan diriku spt mana akhlaknya Rasul Allah itu)…pergi ke rumah jiran..pergi ke surau berjemaah magrib isya’ walaupun keseorangan…

KETIKA DI RUMAH ALLAH SWT…
Bapaku dan emakku menonton tv, sambil aku memakai telekung…aku malu…takut…tapi demi dakwah Islam…aku kuatkan hati…(sambil di bilik bapaku)
Aku : Mak…bapak…jom g surau…
Bapa : Ha…kamu nak pegi sorang-sorang? Kan gelap ni…
Aku : Tulah orang ajak ni…temankan…..senyum…
Bapa : Tak pelah…kamu pergilah…hati-hati..
Mak : Kamu tak payah pergi…jadi apa2 kan susah…udah! Tak payah pergi…
Aku : Tak pe mak…bagilah eh..saya g kejap je…kejap je…….
(senyum hambar)…ok…assalamualaikum…..aku tunduk…hati aku…terluka..amat…Allah…


Dalam hatiku bukanlah hendak melalui lorong pendek itu menakutkan aku…tiada apa nak takut melainkan Allah…perlindunganNya amat kuat dan tersusun…aku yakin…aku bukan buat maksiat…aku cuma teringin…nak kan dirimu kesayanganku bersama-samaku kita buat kebaikan…Yang paling penting aku tak nak jadi anak derhaka…
Dalam perjalanan…aku menangis….hurm…wajah macam aku ni..menangis sikit orang cepat detect…mata, hidung, pipi cepat nampak merah kalo menangis….aku menahan…terus aku lapkan air mata dgn kain telekung…kalimah Allah sahaja yang mampu aku nafaskan…
Usai dengar kuliah, kami bersolat berjemaah…salam diberikan oleh imam lantas aku ikuti…
aku bersalaman dengan ibu-ibu di sana…aku senyum pada mereka….untuk gembirakan hatiku…aku berdoa kpd Allah…Ya Allah, mereka seperti ibuku…Alhamdulillah…ibu-ibu di sana sangat meraikan kehadiranku di surau itu…setiap kali cuti, aku akan ke surau sana bersama-sama jemaah dengan mereka…walaupun tiada emak..bapa…dan adik beradikku di sana…aku perlu redha dgn ujian ini…aku tahu aku redha…
Mak Cik : Bile cuti?
Aku : Baru je balik malam semalam mak cik..mak cik sihat?
Mak Cik : Sihat, Alhamdulillah..bile abis belajar?
Aku : 1 tahun lagi mak cik..
Mak Cik : Mak mana?
Aku : ………..(hatiku b’bisik) ini soalan yg kali berapa pun aku tak taulah berapa kali aku ditanya….mak ade kat rumah…dia ada keje...(aku senyum hambar)

APABILA AKHLAK RASULULLAH DICONTOHI

Meskipun aku diuji sebegini...aku tetap berpegang teguh kepada tali Allah...tidak pernah hilang kebergantungan aku kepada Allah swt...
Aku tahu apa yang aku lalui adalah tempoh ujian untuk Allah memberikan nikmat hikmahNya kepada aku...Allah Maha Mengetahui berat dan bebanan yang boleh dipikul oleh hati kita yang kecil ini....Aku yakin...
Sebagai tanda aku mencintai Rasulullah SAW aku selalu sibukkan diriku dengan program dakwah yang menaikkan nama Rasulullah SAW...aku yakin Rasul yang bernama Muhammad sentiasa ada dalam hati aku...jadi..aku tahu baginda lagi hebat di uji...lantas, kenapa kamu nak rasa kamu paling hebat diuji??? Ingatlah diri...wahyu Allah sememangnya amat mukjizat ..
Aku berpegang ayat ni..."Janganlah kamu bersedih, sedangkan kamu adalah antara orang yang tinggi darjatnya di sisi Allah"...
Oleh kerana, aku telah merasai peritnya andai cahaya tauhid tidak dihidupkan...tidak disuburkan dalam kalangan ahli keluarga...lantas,aku ambil keputusan untuk keluar berhijrah...berhijrah ke program-program yang boleh aku berikan kesedaran kepada anak-anak kecil, adik-adikku jangan sesekali pernah salahkan emak dan bapa kita yang tidak mendidik kita tentang nilai-nilai agama Islam...akak ada...akak akan bantu adik-adik...aku berpegang kpd hadith "Tidak beriman seseorang sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"...cinta utk semua...ibu bapa,adik-beradik,kaum kerabat,anak yatim,anak luar nikah,semuanya kita mesti cintakan mereka...

SEBARKANLAH CINTA ALLAH
Kerana aku sayangkan Islam...aku tegar dan berani...kerana aku cintakan Islam...aku sanggup berkorban demi redha ibu bapaku...
Mak : Ada ustaz tanya pasal kamu...
Aku : Siapa mak?
Mak : Entahlah...tapi dia kenal kamu..
Aku : Biar jelah mak...malas nak ambil tahu...

........dalam cuti yang lain...sahabatku bertanya...
Sahabat : Ada orang tanya pasal kamu..
Aku : Siapa...
Sahabat : Ustaz yang ni...
Aku : Dia bagus tapi aku tak nak kecilkan hati mak aku...dia nak aku habis belajar dulu...maaf eh...
Sahabat : Istikarah dulu..
Aku : Tak pelah..pesan kat dia jika ada jodoh dia sampai dulu...teruskan ye..syukran sahabatku...
Hatiku melara tentang hal jodoh ni hampir 4 tahun...setiap tahun ada sahaja yang diuji Allah tentang hal ini...aku sendiri tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan ujian ini....
Seperti biasa...dalam solat malamku..sejadah biruku...aku sandung ke lantai....bersujudlah aku padaNya...Ya Allah, tolong serahkan hatiku ini kepada yang halal Ya Allah...sesungguhnya engkau Maha Melihat....tolonglah bimbing hatiku dahulu untuk aku perolehi redha emak dan bapaku...bukan aku tidak mahu hidupkan sunnah kekasihmu itu ya Allah tapi aku belum lagi capai redha ibu bapaku...bimbinglah hati ini Allah...aku tidak boleh hidup tanpaMu Allah....~ aku hanya mampu menangis...merintih...pd Allah...aku tiada teman untuk mengadu...aku tidak mahu menyusahkan...menggusarkan perasaanku ini kpd yang lain...hanya Allah yang berhak mengetahuinya walaupun hakikatnya Dia sudah tahu...
Saban tahun aku meningkat umur...setiap semester aku terima sms....
"ana nak pinang enti.." - seorang muslimin 1
"ana nak tahu, bila ana boleh masuk meminang"- muslimin 2
"Bila ana boleh masuk meminang enti ni..".-muslimin 3
"Ana nak jadikan enti isteri ana...bila ana boleh bertunang?-muslimin 4
"Sesungguhnya wanita yang solehah itu adalah wanita yang taat kpd ibu bapanya...bla...bla..bla.."
orang yg sama juga m'hantar msj setiap hari.......aku rimas Ya Allah...jika sebelum ni aku boleh terima sbg sahabat semuanya tapi maaf...aku mesti b'tegas dalam hal ni..."Untuk menjadi anak yang soleh, setiap perintah ibu bapanya pasti dia akan taat, walaupun arahan yang diberikan oleh ibu bapanya adalah bertentangan dengan Islam, dia tidak akan terus melakukan perbuatan yang tidak baik dan dia akan pertimbangkan semua permintaan ibu bapanya sesuai dengan syariat Allah dan tidak melakukan perkara yg m'syirikkan"...noted!-muslimin 5
Min : "Assalamualaikum enti..."
Aku : Walaikumsalam...
Min : Selamat hari raya...
Aku : Ya, selamat hari raya...
Min : ana nak tanya enti ni boleh x ana nak masuk meminang enti?
Aku : (hatiku hanya anggap dia bergurau...astagfirullah ustaz...mengucap ustaz
Min : Ana jujur...nk pinang enti...isteri ana izinkan
Aku : Isteri ustaz dah cukup solehah...dia kan hafizah...asif...ana sibuk..bersyukurlah ustaz atas apa yang ada..
Assalammualaikum...

Aku mampu menangis apabila memikirkan hal ni...berapa banyak hati yang telah aku lukai...mereka bukan meminta dengan jalan yang tidak baik bagiku kerana  mereka cuba berterus terang...tapi maaf..aku hanya ada satu hati...setakat ni hatiku utk emak dan bapaku...
Orang tengah pula..
OT 1 :  ada orang tanya pasal awak...(pensyarah 1)
Aku : Senyum...tak apelah...belajar...hihi
OT 2 : Saya nak awak jadi menantu saya (pensyarah 2 di tempatku menimba ilmu)
Aku : Terima kasih cikgu...tapi saya nak gembirakan hati emak bapa saya dulu...maafkan saya cikgu
OT 3 : Perkenalanku dengan seorang kakak senior, kami b'taaruf dlm satu sesi tutorial
Aku  : Apa khabar kak? 
OT 3 : Baik..alhamdulillah...sambil berjabat mesra dengannya dan pelukan seperti selepas menunaikan solat berjemaah
Aku : Akak, asal mana...bla..bla...jadilah pertemuan kami...
Dalam situasi lain, melalui panggilan handphone : akak nak awak jadi adik ipar akak boleh? akak ada adik belajar di Mesir...
Aku : Acuh tak acuh...kali ni aku tak sanggup nk lukakan hati sesiapa lagi....
OT 3: Kamu berkawanlah dulu
Aku : Tapi kak..saya ni tak layak...biasa je
OT 3: Ala...tak pe...nama dia..bla..bla...akak top upkan kamu...kalo sms kt sana dah 20 sen...1 sms
Aku : Tak pe kak...tengok dulu ye...
OT 3 : Baik...terima kasih ye...
sejak itu..dipanggil adik ipar...
Aku : Allah...jangan bebani aku dgn perkara yg aku tak sanggup....
PENAWAR HATI


Suatu hari, tiba-tiba hatiku sunyi...aku bertanyakan kepada romateku tentang hal jodoh...aku menjadi sunyi...memilihkah aku...Romateku tahu ttg solat malam dan tangisanku yang dia sendiri boleh dengar tika malam-malam hari aku bersujud padaNya..Dia antara orang yang faham...Dia bawa aku ke sebuah tasik utk aku tenangkan hati dan perasaan wanitaku ini....
Alhamdulillah..aku nampak langit yang indah hampir menjelang ke senja...lihat keindahannya sahaja...hati ku terkeluar ayatnya "Maka, yang tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang beraqal"....Inilah ayat tazkirahku untukku dan sekelilingku...
Alhamdulillah...
...Dalam malam itu, aku bertahajud kepada Allah agar ditenangkan hatiku untuk mengejar redhaNya...aku...mula berfikir hal ini...untuk mengejar redhaNya aku perlukan seseorang di sampingku jua untuk kuat berjuang...sepertimana adanya Adam dan Hawa, Muhammad dan Siti Khadijah, Yusof dan Zulaikha...InsyaAllah, aku akan berfikir tentang ini...tapi biarlah berwalikan Allah swt dalam istikarah dan tahajudku ini...hampir 4 tahun aku terus beristikarah...bukan perkara yg aku boleh pandang enteng untuk mencari imamku...InsyaAllah...aku akan usahakan mencari abi untuk anak-anakku..

CINTA DAN DOA

Akhirnya....kesan usluk dakwah, kesan aqidah yg mendalam, kesan usaha yang tidak berputus, kesan tawakkal yang khusyu'...aku merasai nikmat solat berjemaah dengan emakku...bapaku...Aku bersyukur Ya Allah atas nikmat bahagia itu kunci kesabaran ....kini...aku berusaha dgn istiqamah untuk menjadi anak solehah...izinkan aku Ya Allah, terus mengejar pelangi cintaMu dalam sujud cinta kepadaMu..
Semuga aku bertemu dgn seorang imam yg terbaik untuk agamaku dan anak-anakku...amin Ya Robb...









Suatu ketika,
Hening subuh menanti dengan setia
Mengunggu cahaya siang datang menjelma
Kalam itu tiada dibilang
Sunyi dan sepi menyapa aksara iman
Takat-takat taqwa berdetik
Menyuluh zikir di taman jantung
Yang berdegup denyutan nama zikir
Subhanallah…Subhanallah…Subhanallah…

Lantas tilam putih empuk ditidur
Menjadi lantai badan berehat
Ku ambil rantai tasbih
Ucapan cinta dikumitkan dgn bibir berdosa
Ampuni aku Allah tatkala taqwa pada hari ini hilang seketika
Mungkin maksiat lahir tiada pintunya
Namun bimbang riak dan mazmumah kunci dosa
Jari berjalan dan berlari mengejar permata tasbih
Rindunya aku padamu Allah
Lidah tiada bukti cinta
Namun hatiku amat berkata-kata
Terus berkata mengucap tasbih rahmatMu
Mata terus merenung dosa
Dosa pada alam…
Dosa pada makhluk…
Dosa pada Nabi SAW
Bimbang lupa selawat kepada baginda
Ku celikkan mata untuk disantap dgn doa malaikat
Tiada jua mampu tertutup

Jam sudah jauh malam….
Amat jauh….
Saat itu, tasbih di jari b’selawat
Bersama degupan iman yang terus memujiNya
Aku senyum bahagia…
Bahagia bersamaMu Allah…
Malam…siang…menerpa sahaja
Dgn diplomasi matahari dan bulan
Pasangan yang saling setia
Selamanya…
Aku terus…tenggelam dalam gamit emosi cinta
Terus ku katakan…Aku rindukan Mu Allah…
Kulit badan yang tersalut wudhu’ suci
Dipamitkan sebelum tidur,
Dimanfaatkan pada kaabah suci
Tersenyum hatiku kerna aku sedang berbicara dengan khaliqku
Walaupun tidak bersujud
Hati setiap saat berdetak detuk memujiNya
Indahnya memori rasa cinta ini
Eksplorasi iman terus ku teroka

Dalam tahajud kepadaMu..
Lamaku sujud untuk aku laksanakan bait-bait rahmatMu
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Sekalian Alam”…

Lantas taubat pengubat duka
Bimbang hilang cintanya
Aku yang merana…orang lain tidak merasa
Betapa keramatnya Allah dalam nafas kehidupan
Ombak dosa…
Status hamba hina menerpa..
Lantas zikir memohon ampun dosa ku panjatkan dlm rukukku…sujudku…
Ampuni aku Allah…
Cinta...jangan izinkan hatiku kehilangan cintaMu…
Tolonglah Ya Allah…
Aku amat memerlukan Mu dan Islam ini…
Air mata dosa membasahi sejadah yang setia
Bersama-sama tuannya untuk beribadah
Lalu…doa dipanjatkan lagi walau kaki sakit menahan
Untuk terus meminta ….minta…minta…kepada Robbul Jalal
Ampuni dosaku selama ini…

Setianya si kain kuning
Mengesat air mata taubat kepadaNya
Lantas nafas dihembus bersama aliran darah berzikir
Bangunlah rohku dan jasadku
Meneruskan fitrah meminta-minta kepada Tuhan
Agar hajat dipermudahkan
urusan perjuangan dan kehidupan
berlaku dengan istimewa dan mesra hubungan
antara Alam dan Tuhan…
Aku rindukan pakaian taqwa kepadaMu Allah
Kerana engkaulah kesetiaanku
Kerana engkaulah kemesraanku
Kerana engkaulah kekuatanku
Kerana engkaulah cahaya kesabaranku…

Kerana engkaulah pakaian taqwaku…
Kerana engkaulah pakaian taqwaku...
~Airmata cinta mengalir rindu ingin bertemuMu~
I Love You Allah...

 Aku hanya hamba dhaif