;

Suatu ketika,
Hening subuh menanti dengan setia
Mengunggu cahaya siang datang menjelma
Kalam itu tiada dibilang
Sunyi dan sepi menyapa aksara iman
Takat-takat taqwa berdetik
Menyuluh zikir di taman jantung
Yang berdegup denyutan nama zikir
Subhanallah…Subhanallah…Subhanallah…

Lantas tilam putih empuk ditidur
Menjadi lantai badan berehat
Ku ambil rantai tasbih
Ucapan cinta dikumitkan dgn bibir berdosa
Ampuni aku Allah tatkala taqwa pada hari ini hilang seketika
Mungkin maksiat lahir tiada pintunya
Namun bimbang riak dan mazmumah kunci dosa
Jari berjalan dan berlari mengejar permata tasbih
Rindunya aku padamu Allah
Lidah tiada bukti cinta
Namun hatiku amat berkata-kata
Terus berkata mengucap tasbih rahmatMu
Mata terus merenung dosa
Dosa pada alam…
Dosa pada makhluk…
Dosa pada Nabi SAW
Bimbang lupa selawat kepada baginda
Ku celikkan mata untuk disantap dgn doa malaikat
Tiada jua mampu tertutup

Jam sudah jauh malam….
Amat jauh….
Saat itu, tasbih di jari b’selawat
Bersama degupan iman yang terus memujiNya
Aku senyum bahagia…
Bahagia bersamaMu Allah…
Malam…siang…menerpa sahaja
Dgn diplomasi matahari dan bulan
Pasangan yang saling setia
Selamanya…
Aku terus…tenggelam dalam gamit emosi cinta
Terus ku katakan…Aku rindukan Mu Allah…
Kulit badan yang tersalut wudhu’ suci
Dipamitkan sebelum tidur,
Dimanfaatkan pada kaabah suci
Tersenyum hatiku kerna aku sedang berbicara dengan khaliqku
Walaupun tidak bersujud
Hati setiap saat berdetak detuk memujiNya
Indahnya memori rasa cinta ini
Eksplorasi iman terus ku teroka

Dalam tahajud kepadaMu..
Lamaku sujud untuk aku laksanakan bait-bait rahmatMu
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Sekalian Alam”…

Lantas taubat pengubat duka
Bimbang hilang cintanya
Aku yang merana…orang lain tidak merasa
Betapa keramatnya Allah dalam nafas kehidupan
Ombak dosa…
Status hamba hina menerpa..
Lantas zikir memohon ampun dosa ku panjatkan dlm rukukku…sujudku…
Ampuni aku Allah…
Cinta...jangan izinkan hatiku kehilangan cintaMu…
Tolonglah Ya Allah…
Aku amat memerlukan Mu dan Islam ini…
Air mata dosa membasahi sejadah yang setia
Bersama-sama tuannya untuk beribadah
Lalu…doa dipanjatkan lagi walau kaki sakit menahan
Untuk terus meminta ….minta…minta…kepada Robbul Jalal
Ampuni dosaku selama ini…

Setianya si kain kuning
Mengesat air mata taubat kepadaNya
Lantas nafas dihembus bersama aliran darah berzikir
Bangunlah rohku dan jasadku
Meneruskan fitrah meminta-minta kepada Tuhan
Agar hajat dipermudahkan
urusan perjuangan dan kehidupan
berlaku dengan istimewa dan mesra hubungan
antara Alam dan Tuhan…
Aku rindukan pakaian taqwa kepadaMu Allah
Kerana engkaulah kesetiaanku
Kerana engkaulah kemesraanku
Kerana engkaulah kekuatanku
Kerana engkaulah cahaya kesabaranku…

Kerana engkaulah pakaian taqwaku…
Kerana engkaulah pakaian taqwaku...
~Airmata cinta mengalir rindu ingin bertemuMu~
I Love You Allah...

 Aku hanya hamba dhaif


0 ulasan:

Catat Ulasan