;
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Usai sekarang ana berumur 23 tahun, namun masih mencari-cari lagi label-label Islam yang sesuai untuk ana jadikan sandaran bagi bergerak kerja sebagai seorang hamba Allah swt..
Istilah mujahidah,serikandi,pejuang...tahu...itu semua bukanlah darjatku...aku tidak sampai ke maqam itu..aku adalah maqam hamba..hamba yang sentiasa menagih taubat Allah... Syukur kepada Allah swt kerana ana mendapat hidayahNya yang melimpah ruah. Tidak tahulah bagaimana hendak digambarkan keadaan sebegini. Episod perjuangan yang menuntut air mata pengorbanan dan keinginan sendiri yang pastinya tidak dapat dipenuhi dengan mudah andai tidak faham dan tidak kenal erti perjuangan yang sebenar. 


Ditinggalkan dalam perjuangan itu biasa dan banyak pengorbanan yg kita perlu buat utk perjuangan itu biasa...

Banyak pengalaman dalam dakwah yang dapat juga ana bina untuk memastikan Yang Maha Melihat sentiasa menjadi kekasih di dalam taman iman ini supaya berusaha untuk tidak melakukan kemaksiatan kepadaNya sebagai persediaan sebelum menghadapNya. Sudah sampai sahaja usia 23 tahun ini, banyak juga ana melakukan muhasabah untuk diri sendiri sejauh manakah perjuangan yang dilakukan. 

Memang sedikit sangat yang diberikan. Ana merangkak perlahan-lahan dengan membina dahulu kefahaman yang mendalam erti pengorbanan dalam hati. Hidup ini amat bermakna andai di isi usia ini dengan perjuangan yang menegakkan suruhan-suruhan Allah swt. Ana amat bersyukur kepada Allah swt kerana dalam rentetan hampir lima tahun bergiat aktif dalam medan dakwah umum di bumi Perak memang banyak mematangkan ana erti memberikan jiwa islam sepenuhnya kepada saudara seislam kita dengan sepenuhnya...Mencintai sahabat2 kita melebihi diri kita sendiri..memang bukan mudah kerana itu iman bukan mudah untuk diraih..kerana iman adalah alam hati ghaib yang hanya hidup subur dalam petunjuk Al Khaliq.


 Lantaran perjuangan ini bukanlah perjuangan yang boleh menghasilkan modal untuk meraih keuntungan dunia tetapi modal untuk keuntungan di neraca timbangan Al Mizan yang masih lagi tidak diketahui hakikat amalan tersebut di terima atau tidak. Itu bukanlah urusan kita. Itu urusan Allah yang menentukan. 

Kalam perjuangan kita yang pelbagai dimensi daya juang ini memerlukan banyak kudrat yang kadang kala tidak mampu kita raih jika berseorangan. Vest untuk intima' dalam suatu kawasan yang ana pilih sejak awal bulan 2 dahulu adalah untuk permulaan langkah-langkah baharu untuk memperjuangan aqidah Allah swt. Bina ukhwah saudara di sana...khadamkan kefahaman tentang situasi dan persekitaran dan terima seadanya...Fahami dahulu jangan terus bertindak melulu utk membantu sejak drastik...kita ada haraki...ada tanzim..salurkan dgn baik dan hikmah (kebijaksanaan) dan himmah (kesungguhan yg m'dalam)..Alhamdulillah, ukhwah yg dibina akan m'zahirkan budaya kasih sayang dan cintakan saudara kita kerana kasih sayang dr Allah swt...


Hadirnya ana di sana melihatkan perlunya ada lepasan guru utk m'bantu dri sudut pendidikan ...mungkin...atau protokol..mungkin...atau apa-apa sahaja yg blh kita bantu dan sumbangkan..Tidak kisahlah jika menjadi kuli pun, tukang masak, tukang cuci tandas pun, asalkan kerja yang dilakukan adalah untuk Allah bagi menegakkan khalifah Islamiyyah....itu kesanggupan iman. Perjuangan aqidah ini memang tidak dapat ditanggakan dengan pangkat, wang ringgit dan harta. Jangan bermimpi untuk tidak berhutang apabila berada dalam jalan juang yang tiada untungnya ini. Berhutang untuk meneruskan perjuangan meskipun kadang kala wang yang ada untuk membantu sahabat pun kita kena bagi..Dalam jalan juang ini, sekali kita sudah intima' jgn berpatah balik, sekali kita keluarkan wang seperti air hingga air kosong sahaja menjadi makanan berbuka kita, jangan kita menyesal dan b'putus asa, itu semua ada nilaiannya di sisi Allah swt. Yakinlah dgn Allah! Yakinlah dgn asma' Allah Yang Maha Melihat. Yakinlah dgn kata-kata pejuang-pejuang Islam Ikhwanul Muslimin..cintailah mereka dan perjuangan aqidah yang mereka bawa...sama sahaja kita dengan mereka mahu menegakkan hukum Allah..

Andai sudah intima' dgn kawasan / cawangan jgn dilupa pada tanggungjawab utk ibu bapa dan ahli keluarga..ada lagi tugas kita sbg dai'e kpd mereka yang tersayang. Perlahan-lahanlah membawa ombak-ombak tarbiyyah yang di cari daripada lautan perjuangan dan bawalah sedikit demi sedikit kpd ahli keluarga. Eratkan lagi hubungan kita dgn p'juangan, maka ikatkan hubungan simpulan tali kebergantungan kita kpd Allah swt..Sekali lagi diingatkan..jalan juang apabila berada di medan sebenar bukan mudah sepertimana berada di kampus...Intima' lah di mana sahaja kalian mahu asalkan kalian jangan memesongkan niat kalian...kalian adalah manusia yang hebat-hebat..manusia yang m'punyai potensi yang mantap semasa di kampus..maka kalian turunlah sumbangkan sesuatu sepertimana di kampus kalian malah lebih daripada itu..hinggakan masa rehat dan tidur kalian adalah perjuangan bersama Allah dan Rasul. Jika kalian letih, panggilah Allah, jika kalian tiada duit utk ke tempat program, dhuhalah sepenuh harap agar Allah berikan kecukupan utk dipermudahkan urusan dakwah kalian...

Ingatlah kalian, 
Medan realiti perjuangan tidak sama apabila kita berada di medan sebenar..kita ibarat jalan raya baharu yang membentuk garisan titik-titik putih bukan garisan lurus memanjang yang sudah matang dalam perjuangan..Binalah ukhwah sesama saudara seIslammu sekuatmu utk kuatkan lagi dan utuhkan lagi niat ikhlas mu setiap kali pergi berjuang kerana Allah swt. Tahanlah telinga kalian dengan cacian dan makian sesiapa pun. Andai dilabel "degil","sibuk sgt","kelam kabut","tak boleh harap"..oleh sesiapa pun..biarkanlah...jika hati sakit dan terluka, menangislah kpd Allah..Jika dimaki pada siang hari..dhuhalah, jika dimaki pd malam hari...qiammulailllah...Allah byk m'berikan masa dan ruang kpd kita utk meminta2 kpdNya...Allah kan ada? 
Jadi,janganlah bimbang..sepertimana jika Abu Bakar boleh berkata..."aku tinggalkan untukmu anakku Allah & Rasul"..maka begitu juga kita yg intima' dgn perjuangan..kita serahkan ahli keluarga kita yg kita cintai ini kpd Allah & Rasul..pasti Allah akan m'uruskan dgn baik..tapi jgn sekali-kali kita pernah ikut hawa nafsu melebihi Allah..bimbang nanti Allah tinggalkan kita..Kita yg b'juang pasti tidak sanggup utk tinggalkan Allah kn..kerana Dialah kekasih awal dan akhir kita...


Di mana sahaja, sahabat-sahabat kita sudah cakap kawasannya kekurangan tenaga..pergilah ke sana..andai sahaja di sesuatu cawangan ini ditimpa musibah ambillah berita dan khabar berat tentang masalah sahabat itu dan ziarahlah...ingatlah..kita adalah penyambung perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat..sikap seorang penyambung perjuangan Rasul tidak pernah mengeluh dan gentar dengan onak dan cabaran...bersabar dengan aqidah yang dipelihara untuk memastikan tiket-tiket amalan itu dihisab dgn penuh kasih sayang Allah...kita adalah dai'e yang sudah mula merancang siapakah kita lima tahun ke depan...rancang dahulu..m'jadi atau tidak "TAWAKKAL" kpd Allah sepenuh hati...


Intima' lah anda dgn penuh niat utk Allah dan Rasul kesayangan kita...bukan sekarang kita fikirkn kawasan/cawangan mana kita nak pergi tapi kita dah pergi dan b'gerak...silakan wahai pejuang...silakan ke mana sahaja kamu b'juang..Allah adalah Tujuan Kita...Rasulullah Teladan Kita...Al Quran Panduan hidup kita dan...Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kita...


Ya Allah,
andai takdir ku bertemu Mu usiaku muda,
Angkatlah rohku dalam makna perjuangan,
Cetusan-cetusan air mata di kalam usia,
Menagih petunjuk dan tawakkalMu,
Aku serahkan masa depanku kepadaMu,
Kerana aku sudah jatuh cinta dalam kalimah cintaMu,
SifatMu yang indah dan menawan,
Mencairkan lagi taman imanku ini,
Apalah erti diriku tanpaMu Allah...
Andai aku ditinggalkan sendirian tanpa roh cintaMu untukku,
Angkatlah rohku dalam aqidah perjuangan ini,
Tika aku mati dalam perjalanan perjuangan cintaMu.


Terima kasih kepada sahabiah ku...team syurgaku...
-Jangan mencipta alasan utk perjuangan ini kerana alasan itu adalah tanda kita kalah dgn bisikan syaitan dan hawa nafsu-
-Bawalah liwa' (bendera) perjuangan Lailahailallah utk thabat dgn perjuangan...InsyaAllah..Allah amat menyayangi kita...

0 ulasan:

Catat Ulasan