;

     Bismillahirohmanirrohim...
Dengan nama Allah, kalam ini ditulis sebagai sedeqah utk amalan akhiratku.amin Ya Robb.

Alhamdulillah, setiap amalan dimulakan dgn niat, fokus dan teknik untuk kita melakukan sesuatu perkara.
Syukur pada kali ini, disaksikan kamera automatik dari Yang Maha Melihat, Allah swt memberikan rezeki ilmu kepada saya untuk menulis kalam bicara yang sudah lama terkubur dgn fatamorgana dunia yang menyesakkan pemikiran ini dengan bisikan-bisikan dunia yang merapu dan membengongkan. Maafkan saya jika ayat yang digunakan agak kasar dan tak sesuai tetapi itulah hakikat hidup sekiranya kita menjadi insan yang beribadat tetapi kurang bijak dalam menguruskan urusan hidup bermula daripada kita bangun tidur, mandi, solat, ke kelas, balik kelas, makan, berborak, berjogging, bertadarus, buat assingment, pergi program dan tidur pula untuk urusan hari esok pula.

Alhamdulillah, kalimah agung yang diajarkan secara multimedia online yang diberikan oleh Pencipta melalui alat komunikasi paling canggih "Malaikat Jibril" kepada Ketua Segala Ummat & Isi Alam seluruhnya, Nabi Muhammad SAW. kalimah yang memerlukan inti-inti kesabaran dan iman yang teliti perlu diamalkan dgn ikhlas dan penuh keredhaan Allah swt.

Penulisan saya pada kali ini adalah hasil kata-kata tarbiyyah yang telah dicaturkan oleh Allah SWT pada hari ini dengan seorang insan yang kuat berpegang tali tauhidnya kepada Allah swt. Siapakah insan itu? Tidak perlulah diberitahu, cukup bagiku dia adalah insan yang dihadiahkan oleh Allah swt untuk memahami dan memerhatikan liku-liku hidup sebagai daie dan mahasiswa yang matang dalam urusan hidup.

Di sini, ayuh kita juruskan niat kita untuk memahami suruhan Allah SWT dalam konsep mencegah yang telah difardhukan kepada setiap insan yang menganut agama Islam.

Firman Allah swt :



Maksudnya : “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah : 71)


Dalam persimpangan jalan menuju redhaMu,
Ada sahaja duka yang menghalang,
Untuk aku melaksanakan perintahMu,
Telah aku usaha untuk menjadi hambaMu,
Namun gagal yang bertalu-talu,
Aku berpesan kepada hati,
Apakah ini cara mencari redha Ilahi,
Apakah tiada henti pada satu syurga Ilahi,
Ahhh...
Apalah nasib diri...
Yang hina ini..
Buat itu tak jadi...
Buat ini tak jadi...
Macam-macam masalah menanti...
Nak uruskan urusan ukhrawi...
Duniawi pun tak reti...
Macam mana hidup akhirat aku nanti...

Dalam kita berusaha menjadi seorang daie yang membudayakan kalimah "Amar Makruf Nahi Mungkar" untuk kehidupan seharian kita, begitu banyak cabang-cabang/ wawasan-wawasan dakwah yang perlu kita lakukan. Pengkhususan menguruskan hidup dengan cukup berbekalkan makanan yg m'cukupi, wang yang halal, kenderaan yang ada utk b'gerak utk ke satu-satu kawasan program, pertolongan daripada sudut kewangan, motivasi dan sebagainya daripada sahabat sefikrah, ahli keluarga yang memahami @ saudar-mara yang boleh menjadi supporter untuk kita melakukan amal-amal kebajikan utk masyarakat dan isi alam ini.


Berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada kita : Konsep Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar...merupakan satu perintah yang difardukan kepada kita semua sebagai manusia. Budaya mencegah adalah satu budaya yang membawa erti perlu "menjauhkan diri", "menolak dari perkara yang sia-sia" dan pelbagai bentuk falsafah kefahaman kita sebagai orang yang beragama Islam. Baiklah, seterusnya...mengerjakan adalah satu istilah baik yang membawa makna positif dan berpahala dalam hidup kita. Di sini, satu persoalan yang seringkali saya bertanya kepada diri saya sendiri.
Dalam usaha saya...menganjurkan banyak program dakwah, agaknya yang mana satu program yang terkesan meningkatkan aqidah aku kepada Allah swt?
3 situasi konsep mencegah yang kita lakukan untuk diri kita & orang lain.
1) Ada program yg t'kesan di hati aku...yang ini..
2) Dah aku adalah ketua untuk program ini, mestilah program ini t'kesan kat hati aku,
3) Alhamdulillah, selesai sudah program ini ya...diharap..Allah swt meredhai...sekian...bla...bla..bla...

Ok, kepada yang merasai dirinya adalah seorang daie, adakah kita melaksanakan tindakan mencegah (iaitu melalui program yang telah kita ikuti itu) untuk dicegahkan dlm urusan hidup seharian kita?
Saya mengajukan persoalan ini agar kita faham, kita kenal, kita teliti dan kita refleksi diri kita nilai amalan mencegah yg kita lakukan ini. Adalah  program yang kita anjurkan  mencapai rasa keredhaan Allah swt dlm hati kita melalui 3i iaitu Iman, Ihsan, Ikhlas...

Jika budaya mencegah ini tidak wujud/ kurang wujud/ masih lagi kita menunggu-nunggu budaya mencegah ini akan wujud dalam diri kita...maka yakinlah ada masalah dgn hubungan kita kpd Allah swt sebelum, semasa dan/ atau selepas kita mengajurkan aktiviti tersebut....

Begitu hebat, lantang, mantapnya kita di hadapan utk b'dakwah...mengingatkan kepada adik-adik, mengingatkan sahabat dan masyarakat tentang konsep tauhid uluhiyyah, asma' wa' sifat, tentang amal-amal Islami, tentang sifat sabar, sifat qanaah (b'sederhana) dlm hidup...pelbagai takzirah kita berikan kpd umum...namun ingat bahawa Allah swt mahukan  kita di situ adalah sebenarnya dan hakikinya adalah  untuk 100% peringatan buat diri kita sebenarnya...Itulah medan yang Allah swt pilih kita utk b'gerak sbg daie bahawa apa yang kita cegahkan untuk amar ma'ruf adalah yang wajib kita lakukan dalam hidup ini.

Mari...mari...kita sama-sama gerakkan aqidah kita kpd Allah swt, agar hati kita sentiasa hidup dgn apa yang kita lakukan. Misal sahaja kita menjadi pengerusi, presiden / apa-apa sahaja jawatan yg Allah swt berikan kpd kita utk kita lakukan amar ma'ruf nahi mungkar...ingatlah wahai diriku dan daie sekalian bahawa jawatan itu adalah utusan daripada Allah swt utk kita bijak m'uruskan kehidupan seharian kita agar sentiasa b'qiblatkan kalimah tauhid


apabila kita bergerak kerja...melakukan perkara-perkara tarbiyyah dan apa sahaja aktiviti kemasyarakatan yang kita lakukan...Cuba kita tanya pada diri (ketika dalam suasana kita sdg melakukan sesuatu program dakwah)...pernah x kita b'cakap "Aduh...penatlah hari ini..naik kereta pun jem nak sampai program hari ni..naik train lg ok,kn?".( di sini kita seoalh-oleh m'p'tikaikan zat kudrat yang telah diberikan oleh Allah swt kpd kenderaan yang diberikan oleh Allah swt utk memudahkan p'jalanan kita utk sampai dgn selamat ke tempat program dan maqam kalimah Alhamdulillah akan lari dari maksud sebenar utk kita percaya bahawa Allahlah yg m'berikan rezeki kpd kita utk sampai ke tempat program dan kita m'jadi penganjur yg tidak b'syukur kpdNya)..dan kita refleks sendiri diri kita akan dialog @ p'cakapan kita yg boleh memesongkan niat/ amalan dlm program yg kita anjurkan...yg kadang-kala kita memang lakukan program mencegah amar makruf tapi kita tidak membudayakan konsep melaksanakan amar makruf kita itu dalm hidup...Ingat...jika konsep amar makruf nahi mungkar secara batiniah kita pun tidak selesai, pasti kita sukar utk memahami, mengingati apakah kita mendapat ilmu, amalan dlm aktiviti yg kita anjurkan...

Jika dilihat dari sudut ini,
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana... kita muhasabah bersama-sama...budaya mencegah yg kita lakukan dlm perintah Allah SWT di atas masih lagi banyak lompongnya...bagaimanakah agaknya roh solat kita? nilai roh zakat kita? dan yang paling sukar utk dicapai maqam Ta'at kita kpd Allah swt dan RasulNya???.....

Saya tidak arif dalam bidang ilmu wahyu kerana saya hanyalah seorang yang amat biasa dan tiada apa-apa..namun dgn rasa kasih sayang yang masih menebal dlm diri utk saudara seagama saya...marilah kita menangis..kpd Allah swt..memohon ampun kepada Allah di atas kecuaian-kecuaian amalan-amalan yg telah kita lakukan utk sebarkan risalah Nabi SAW yang amat kita cintai ini...Cukup sekadar di sini utk coretan dari hamba yg dhahif ini...Ya Allah, ampuni diriku dan terimalah taubatku...Amin, Ya Robb..

p/s : Untuk merubah...perlu ada Iman..Istiqamah...Iltizam...


0 ulasan:

Catat Ulasan