;

Bismillahirohmanirrohim...
Assalamualaikum kak rahmah cyg..
Pa kbr akak dikala ini??
Sy, alhamdulillah, akak disana apa citer??,
Satu cerita yg ingin sy kongsi.. semalam kelas sy ada kls ganti subjek kemahiran generik...
Kami diminta menulis sepucuk surat, arahan dia begini " cuba bygkan diri anda 20 tahun akan datang, kemudian anda diberi kesempatan utk kembali ke alam ramaja iaitu melihat kembali apa yg telah dilakukn ketika remaja, oleh itu, anda risau remaja yg juga merupakan "diri anda" itu tersilap lgkh dan tidak berjaya seperti mn anda pd ketika 42 thn ini... Maka tulis sepucuk surat kepada "remaja" yg anda sygi itu..."
erm, aktivit tue bt sy terfikir d terkenang.... masa yg berlalu sgt berharga namun jrg sekali sy hargai... sungguh sedih sekali...
dikala begitu sy teringat akak yg memberi motivasi dikala jiwa huru hara...  terima kasih kak cyg... smg akak dimudahkn urusan, diberkati dan diredhai Allah selalu... syg akak kerana Allah... smg kita bersama dpt mengharungi zmn remaja yg mencabar ini, sesuai dgn landasan syariat yg telah digarisknNYA... okla kak cyg... sy mengundur diri dulu.... Ukhwahfillah....
.
er, nak teks akak yg dulu leh x??... tq ya kak...
Buat adikku yang kini berada di negeri bawah Bayu...
Dalam fon akak tulis namamu dengan panggilan Puteri Sabah...(izinkan ya)
Pada pendapat akak, sejarah adalah perkara yang amat penting untuk kita sama-sama menjadi manusia yang sentiasa mengenang jasa dan budi orang lain.
Sejarah atau masa silam adalah detik-detik penting untuk kita lihat siapa diri kita pada masa akan datang. Umpamanya kita melihat bagaimana tanah air kita yang terchenta ini dibentuk dan diasaskan oleh satu manhaj/ sistem yang diketuai pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Namun, akhirnya sudah tercatat di dada kitab Roh Mahfuz tentang negara kita ini telah ditetapkan oleh Allah Taala penjajah datang dan menyerang negara kita.
Lantaran itu, sejarah "kemerdekaan" negara kita terbentuk oleh sebuah kerajaan baharu.
Inilah yang dikatakan siapakah kita pada masa akan datang. Segala-galanya bermula dengan sejarah.
Pernah juga akak mendengar ucapan seorang ustaz. Namanya Ustaz Shaa'ri, beliau memberitahu bahawa hanya dengan nostalgia akan membuat seseorang itu mahu berubah. Dan perubahan itulah yang akan membentuk dirinya pada masa akan datang.
Kata-kata seorang pensyarah Bahasa Melayu akak juga pernah berkata kepada akak semasa akak foundation dahulu tentang sejarah. Beliau berkata "Jika hari ini kita adalah manusia, maka hari esok kita adalah siapa?Manusia juga kah? Atau manusia hanya pada nama? Bentuk diri anda seperti manusia yang benar-benar manusia adalah bermula dengan SEJARAH anda pada hari semalam"
Tidak salah dan tidak pula silap sekiranya kita melakukan kesilapan dan dosa pada masa zaman remaja kerana dik remaja itu sifatnya ingin tahu dan mencuba. Ini kerana akak ada seorang sahabat yang memberitahu tentang siapa dirinya 5 tahun yang lalu yang mana beliau memberitahu bahawa beliau dahulu adalah seorang yang tidak ada masa depan namun, menjadi pemuja Hasan Al Bana kini beliau merupakan seorang yang mahu melihat kebangkitan dan kejayaan Islam dan mahu menjadi perindu cinta Allah. Inilah yang dikatakan sejarah hidupnya dahulu sehingga membuatkan dirinya ingin menjadi seorang manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan dan keredhaan Allah.Justeru, dalam situasi kita hendak melihat siapa kita dalam masa usia ketika kita pada ketika 42 tahun dan kita lihat kembali sejarah remaja kita pada masa dahulu akan menjadi sehelai bulu putih ringan ditiup angin lalu jatuh begitu sahaja seandainya kita tidak bermuhasabah diri kita mengingati diri WHO AM I di sisi Allah dan Rasulullah s.a.w.Kita mmenjadi manusia yang lupa diri dan tak ingat bahawa kita ini hanyalah "servant to Allah" sahaja.
Namun, perkara yang amat utama untuk kita koreksi diri kita ialah "apakah matlamat kita meletakkan sesuatu cita-cita itu pada masa akan datang"
Cita-cita dan impian adalah sejarah yang bakal kita bina pada masa akan datang. Adakah kita akan sampai pada usia 40 tahun kita atau tidak? Kita pun tidak pasti dan tidak tahu, kan?
Lantaran itu, adalah menjadi satu wasilah yang jelas untuk kita faham WHO AM 1 pada 42 tahun akan datang. dan WHY I AM HERE ketika kita berada di dunia. Kerana apa-apa sejarah yang kita lakukan di dunia pastinya akan dikorek satu persatu amalan dan ibadah kita di akhirat kelak.
SEJARAH KITA DI DUNIA PASTINYA BOLEH DITUTUP DENGAN KATA-KATA DAN "RASUAH DUNIA" NAMUN SEJARAH AKHIRAT KITA PASTINYA AKAN DIKOREK OLEH "RAJA MANUSIA" pada ketika itulah kita baharulah kenal WHO AM I di dunia pada masa lampau...
" Kata-kata daripada akak untukmu adikku " :
"YA ALLAH AKU REDHA AKU HAMBAMU, AKU REDHA ISLAM HATIKU, AKU REDHA IMAN JIWAKU, AKU REDHA NAMAMU NAFASKU, AKU REDHA JIHAD SETIAP ANGGOTAKU, AKU REDHA DUNIA PELUH-PELUH UJIANKU, AKU REDHA PAHIT PERJUANGAN AGAMAMU KEKUATAN ROHKU, AKU REDHA AKU MILIKMU, AKU REDHA IBU BAPAKU MALAIKATKU DI DUNIA DAN AKHIRAT, AKU REDHA SAHABAT DAKWAT MEDAN PERJUANGANKU, AKU REDHA HAWA NAFSU ADALAH SYAITAN PERTAMAKU BUKAN KEDUA, AKU REDHA KUBUR ADALAH RUMAH PERTAMAKU BERSAMAMU, AKU REDHA SYURGA ADALAH TEMPAT ISTIREHATKU SELAMANYA, AKU REDHA AIRMATAKU ADALAH KELEMAHANKU PADAMU"
-Ukhwah fillah for u my girl-

0 ulasan:

Catat Ulasan