;
Bismillahirohmanirohim....
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Walillahilham...
Berderau air mata saya apabila mendengar kalimah memuji nama Allah ini. Terasa diri begitu hina untuk memahami kalimah ini apabila teringat akan dosa-dosa yg telah banyak dilakukan sepanjang hidup selama 21 tahun ini.
Alhamdulillah. terang hatiku ini  untuk mengingati ayat-ayat suci yg dibacakan oleh Tok Imam Surau Al Ikhlasiah, Kg. Manjoi.Mudah untuk saya menghafalnya sebagai ayat kekuatan diri. Khutbah yang disampaikan oleh Tok Imam surau itu telah membuatkan saya rasa berduka yg teramat sangat. Bukan sahaja kerana saya kenal akan latar belakang imam tersebut malah pahit manis perjuangan yg telah beliau lalui sepanjang bergelar Tok Imam. Khutbah yg disampaikan adalah tentang bagaimana pelaksanaan amalan kita apabila pada bulan Puasa. Kata beliau"kita ini banyak amalannya pada bulan puasa, namun mengapakan pada bulan puasa sahaja kita nak banyakkan amalan?"
Janganlah hanya kerana bulan ini bulan kita, maka kita pun akan banyakkan amalan pada bulan Ramadhan sahaja. Mengapa jadi begini? Tak guna kalau sekadar banyak sedekah, amal jariah pada bulan ini sahaja. Tak guna kalau tidak istiqamah dalam bulan-bulan yg lain. Memang Allah s.w.t banyak menyatakan tentang pahala dan ganjaran yg diberikan pada bulan Ramadhan ini. Tapi, cuba fikir kalau kita tidak istiqamah?
Memang kita tahu bahawa pada 10 malam terakhir adalah malam lailatul qadar, namun adakah pada malam lailatul qadar ini mampu dimiliki oleh mereka yg baru nak mula beribadat pada malam itu?Sudah tentu amalannya ini sukar untuk diterima oleh Allah Taala kerana baru nak mula.Jesteru, saya mohon kepada muslimin dan muslimat yg beriman agar sentiasa istiqamah dalam apa jua ibadah yg dilakukan. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja.Jika kita hendakkan kasih sayang Allah, maka kita kena sayang Allah dahulu. Jika tidak bagaimana hendak dapat rahmat Allah sekiranya tidak mahu PATUH pada perintahNya"
Cukup menyepit hati ini apabila ayat-ayat terakhir itu diperkatakan oleh beliau.
"Jika kita hendakkan kasih sayang Allah, maka kita kena sayang Allah dahulu. Jika tidak bagaimana hendak dapat rahmat Allah sekiranya tidak mahu PATUH pada perintahNya"
Saya cukup terasa dengan apa yang diperkatakan oleh beliau. Saya mula teringat kepada ibu-ibu yg pernah mengajar saya tentang ilmu tauhid, ilmu Quran, ilmu Hadith...mula terfikir apakah saya akan menemui mereka lagi pada Ramadhan akan datang sekiranya saya tidak menunjukkan kasih sayang saya kepada mereka pada hari lebaran ini?

Hajah Aminah, Kakak-kakak yg pernah mengajarku ilmu agama

Ibu (belakang sekali)guruku yg telah mengajarkan saya bacaan tajwid dengan betul sehingga saya boleh melagukan bacaan Al Quran dan menyampaikan ayat-ayat suci dengan baik ketika memberikan kuliah.
Terima kasih guruku.




Setelah kesedaran itu telah saya perolehi, Allah terlalu cepat memakbulkan doaku. Alhamdulillah,tamat khutbah Aidilfitri, saya telah dipertemukan oleh Allah Taala dengan mereka semua semasa kami bersalaman sesama muslimat. Betapa airmata ini tidak dapat lagi menahan pilu apabila mereka ini memberikan ciuman kasih sayang di dahiku. Betapa pada ketika itulah saya merasai kasih sayang Allah.
Thank You Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan