;


Bismillahirohmanirohim...

Ketika rahsia hatiku bersuara,
Ingin dikongsi dengan semua,
Namun siapa yang akan mendengarnya,
Tanpa bicara di bibir,
Tanpa rangkaian kata-kata,
Tersusun di lidah,
Kata-kata dikunci,
Di simpan dalam hati,
Sebagai rahsia hati,

Ku dambakan cinta seorang sahabat yang sanggup berjuang melaksanakan tugas
sebagai hamba abdi,
Ku dambakan cinta seorang perawi Hadith,
Seperti Abu Hurairah dan Bukhari,
Menghafal kata-kata Nabi sebagai panduan duniawi,
Lantas menjadi benteng diri ini
Ketika berhujah kepada manusia,

Ku dambakan cinta sesuci Abu Bakar
Yang sanggup mengorbankan diri dan harta duniawi demi cinta hakiki kepada Nabi,
Berlapang dada membenarkan perjalanan si Nabi dalam suatu malam dinihari,
Lantas menjadi sahabat pertama dalam syurgawi,
Ku dambakan cinta sesuci Musa,
Yang sanggup menjaga penglihatan matanya daripada melihat aurat,
Bakal isteri yang dinikahi,
Tabah dalam ujian menentang si Firaun derhaka,
Ku dambakan cinta sesuci Umar,
Menghina diri dalam Mahkamah Allah,
Tanda nilai kehambaan dalam diri,
Menjerit menyatakan keislaman diri kepada seluruh rakyat dunia,
Sanggup berhadapan dengan rakyat jahiliyyah,
Mengakui membunuh anak sendiri,
Demi membuktikan kejujuran pada Ilahi,
Membuka aib diri untuk menjadi contoh teladan kepada generasi kini,
Agar berusaha untuk memperbaiki diri
Namun adakah generasi Umar ini?
Ku dambakan cinta seorang Nabi,
Yang sanggup bertarung hawa nafsu,
Daripada melayan tawaran dunia,
Sungguh hebat jiwa dan nurani,
Menjadikan Allah sebagai pembela diri,
Lantas iman dijadikan panji,
Wahyu Ilahi cerminan diri,
Membuktikan kepada penganut Islam,
Bahawa dirimu adalah seorang Nabi,
Kekasih sejati Ilahi

Ku dambakan cinta si Ibu Nabi, Siti Aminah

Melahirkan bayi sesuci Nabi,
Lantas syurga pengganti diri,
Walau nyawa melayang pergi sebelum anak bergelar Nabi,
Malaikat menanti di alam syurgawi,
Ku dambakan cinta Si Khadijah,
Sanggup mengorbankan jiwa dan harta untuk Islam,
Memberi motivasi tinggi kepada si suami,
Untuk terus menegakkan panji Ilahi,
Sehingga ALLAH sendiri menyampaikan salam kasih kepadanya,
Terpalit rasa cemburu di dalam hati ini,
Engkau begitu hebat sekali,
Hingga pencipta sendiri menyampaikan salam sayang kepadamu,
Hingga suamimu menyatakan bahawa engkau diutuskan di dunia,
Adalah kerana untuk memaklumkan kepadamu bahawa
Engkaulah ahli syurga,
Akan ku contohi dirimu dalam hati ini,
Ku dambakan cinta Si Fatimah,
Menghafal sebanyak mungkin bait-bait kata wahyu dari si ayah tercinta,
Mengalirkan air mata kerana mengenangkan pertarungan nyawa si ayah,
Setia menunggu si Ayah,
Hingga dipanggil Ilahi,
Ku dambakan cinta sesuci Aisyah,
Perawi hadith muslimah pertama,
Menjadi rujukan rakyat untuk memahami ilmu Islam,
Akan ku jejaki caramu itu,
Semampuku

Ku dambakan cinta setabah Sumaiyyah,
Sanggup memancut darah daripada perutnya,
Dengan senjata tajam,
Demi menyelamatkan aqidah perjuangan,
Menegakkan iman dalam dada,
Ku dambakan cinta setebal penjara Iman Asiah,
Yang menanamkan akar Islam dalam jiwa,
Walau luaran nampak kaca kejahilan,
Namun dalaman hati nampak permata iman,

Ku dambakan anak yang soleh
Doanya Sebagai bekalan pertama dalam rumahku
Bertemu dengan Allah
Ku dambakan cinta usrati (keluarga) yang berada dalam satu SAFF
Melaksanakan perintah Allah bersama-sama diri hina ini
Dengan bekalan wahyu Ilahi

"Wahai orang-orang yang beriman!Mahukan Aku menunjukkan satu perniagaan yang akan menyelamatkan engkau daripada azab seksaan api neraka? Iaitu engkau beriman kepada Allah dan Rasul dan engkau berjihad dengan jiwa dan hartamu. Sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi kamu"
-As-Saff ayat 10-11-











0 ulasan:

Catat Ulasan