;
Bismillahirohmanirohim...
Dilimpahkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kudrat kepada kami ahli keluarga At Taqwa untuk meneruskan program da'wah di sini.
Terima kasih Allah atas peluang Engkau memberikan tarbiyyah jasadiah dan tarbiyyah ruhiyyah kepada kami untuk memperhebatkan lagi ibadat kami kepadaMu dalam bulan yang mulia ini.
Diakui penat memang penat tambahan pula setiap hari memasak masakan untuk berbuka puasa bagi jemaah surau dan kini di At Taqwa terutamanya semasa saya diminta oleh Ustaz Azhan untuk menguruskan peserta yang baru mendaftar dan mengadakan pengisian yang sesuai dengan tahap mereka. Maklum sahajalah mereka ini ada yang tahap sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas. Agak sukar untuk memikirkan pengisian yang sesuai dengan tahap kognitif mereka yang bercampur-campur usia. Namun, Allah itu seolah-olah memahami hati nurani saya yang agak degil menyahut cabaran Ustaz Azhan ini.
Apa lagi resepi pengisian saya sebelum program...
Baca Al Quran terlebih dahulu kemudian menyemak bacaan surah Al Baqarah mereka seorang demi seorang dalam Halaqah.
Selepas itu, berikan pengisian motivasi kepada mereka.Maklumlah peserta ini dah lama bercuti.Justeru, jika hendak mengikuti kem setelah berehat lama di rumah mungkin agak "mengejut" dan "tidak bersemangat" untuk mereka. Lantaran itu, berikanlah motivasi dan semangat kepada mereka kembali. Alhamdulilah....syukur semasa itu kebetulan tak tahu nak buat pengisian apa, namun ada seorang sahabat sefikrah yang telah poskan bahan-bahan programnya dalam bentuk vcd kepada saya, lantas bahan yang diberikannnya sesuai untuk saya bentangkan kepada peserta.
Lalu, gunakanlah bahannya. Sudah dihalalkan untuk menggunakannya.
Tajuknya ialah Jahiliyyah.Syukran kepada sahabat saya itu.
Allah sahaja yang membalas jasa baik kamu.Hati ini berbunga-bunga kerana tidak boleh langsung melupakan perjalanan program da'wah ini. Ini kerana saya telah berjumpa dengan seorang tahfiz yang amat saya kagumi iaitu Dato Abu Hassan Din Al Hafiz.Beliaulah yang telah menyampaikan sijil kepada saya. Berdebar juga berjumpa dengan orang yang alim macam beliau. Saat yang amat manis seolah-olah berjumpa dengan orang yang tersayang pula.


Syukran Jazilan tokoh yang kukagumi.Menghargai diriku sebagai fasilitator.
Dato Abu Hassan Din Al Hafiz.


Irfan yang telah mempengarkan bacaan Al Fatihah dan surah Al Baqarah dengan penuh khusyu'. Sungguh betul bacaan tajwidnya dan sebutannya. Tepat, licin dan jelas!
Khusyu' solat dengannya.


Imam yang bakal memimpin Bumi Malaysia!


Saff Mujahid Islam!


Saff Mujahidah Islam!


Us Tarmizi yang bercerita tentang bagaimana berlakunya malam lailatul qadar sebagai tazkirah Ramadhan. Seperti ayah saje lagaknya. Khusyu' adik-adik mendengarnya!Anak bongsu dalam kem kali ini yang memakai baju kuning tu...Bobo nama panggilan manjanya.Manja sungguh...Tidur pun tak nak...(",)Budak-budak...
Ibunya telah mendermakan sebanyak RM 3,000 selepas kami tamat kem ini. Alhamdulillah, rezeki At Taqwa untuk membeli aset lagi.


Irfan yang amat ku kagumi kekuatan ruhiyyahnya.

Semasa slot "Kursus Imam dan Bilal untuk solat sunat terawih dan witir"


Nabil...Pandai baca doa...sedap je mendengarnya...

Saya, Amira dan Fifi yang bersama-sama sepanjang kem ini...


Pesertaku yang sering mengikutku dari belakang...Peminat kot...hehe


0 ulasan:

Catat Ulasan